Page Eraser: Add On Pembunuh Iklan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Bermula dari detik ini tiada lagi slot "Permainan Video Lama" yang akan dikongsi oleh penulis lagi. Ini adalah permintaan pengguna OMG! Hackers? Kita ambil pendapat ahli korporat "the customer is always right". Tapi,dalam situasi ini "user is always right". Maknanya,sebagai seorang penulis alam maya (blogger) kita mestilah sentiasa mendahului apa yang diutarakan oleh pengguna (pengunjung/pembaca/pengkritik) yang menggunjungi laman kita.


Penulis tidak ingin membuang masa. Jadi,kita teruskan kepada tujuan kita. Page Eraser merupakan 'add on' atau penambah perasa bagi pelayar anda. Tanpa 'add on' mungkin anda tidak dapat merasakan keasyikan atau keselamatan dan seumpanya. 'Add on' umpama plugins seperti yang terdapat pada platform WordPress. Jadi,hari ini penulis akan kongsikan add on yang mungkin berguna untuk anda belayar di alam maya tanpa sebarang gangguan iklan yang pelbagai.

Page Eraser dibina untuk pelayar Google Chrome atau yang menyerupainya seperti Chromium dan sebagainya. Page Eraser jika digandingkan bersama 'add on' Adblock Plus akan menghasilkan satu gabungan yang mantap. Seperti yang anda semua ketahui bahawa Adblock Plus tidak dapat menghalang iklan yang dibuat sendiri oleh pihak berkenaan (admin) yang menawarkan slot iklan berbayar seperti yang banyak dilakukan pada kebanyakan laman sesawang sekarang ini. Tidak salah untuk melakukan perkara seperti ini. Tapi,sekiranya terlalu banyak akan membebankan laman dan pengguna. Akhirnya,tiada apa yang tinggal. Cuba kita perhatikan laman OMG! Hackers? sendiri. Pihak pentadbiran iaitu bro Freddie telah menyediakan halaman khusus [Exchange Link] untuk bertukar pautan laman anda dan ini tidak akan membebankan pengguna umum yang mengunjungi laman ini.

Cukup pengenalan serba sedikit tentang Page Eraser dan tip untuk menjaga laman anda. Kita teruskan kepada kaedah pemasangan dan penggunaan. Kaedah pemasangan adalah seperti biasa yang anda lakukan seperti sebelum ini. 

Kaedah pemasangan:-
1. Buka pelayar Google Chrome anda. 
2. Klik [disini] untuk memasang 'add on' Page Eraser.
3. Klik ADD TO CHROME.
Tambahan:-
Jika anda gemar menggunakan fungsi "tingkap penyamaran" (incognito window) tandakan melalui Tools, Extensions dan Allow in incognito.

Kaedah penggunaan:-
Selepas pemasangan,anda hanya perlu klik "ikon pemadam" (Page Eraser) dan mula untuk menyembunyikan  apa yang dikehendaki oleh anda.  Setelah selesai menyembunyikan apa yang dikehendaki oleh anda. Klik kembali "ikon pemadam" (Page Eraser) tersebut untuk mematikannya.


Sekiranya anda ingin melepaskan/menunjukkan kembali iklan atau sebarang item yang telah anda sembunyikan pada sesuatu laman. Klik kanan "ikon pemadam" (Page Eraser),Options,tandakan laman anda dan klik Remove Selected Erasers.



Sebenarnya fungsi Page Eraser tidak hanya terhad untuk menyembunyikan iklan. Malah,jika anda merasakan beberapa item yang menyemakkan penglihatan anda seperti arkib,kategori,langgan dan sebagainya. Maka,anda juga boleh menyembunyikannya.

Akhir kata,selamat mencuba.
Sekian,Assalamualaikum.
Powered by Blogger.