Pasang Persekitaran Desktop MATE Pada Arch Linux

Buat mereka yang telah menyiapkan pemasangan Arch Linux dengan merujuk kepada entri saya yang lepas, tahniah diucapkan kepada anda. Namun, mungkin ada antara anda yang masih termanggu-manggu, tak tahu arah tuju selepas itu.

Jadi dalam entri ini, saya akan meneruskan kesinambungan dari entri pemasangan asas kepada pemasangan komponen seterusnya iaitu persekitaran desktop. Saya memilih persekitaran desktop MATE (Gnome 2 fork) untuk bermula.

Pasang Persekitaran Desktop MATE

1. Setelah anda siap memasang xorg, xterm, dan beberapa komponen X yang lain, apabila anda menguji ia dengan 'startx', akan terpapar tetingkap segiempat yang menandakan anda boleh bermula dari situ untuk memasang persekitaran desktop pilihan. Taipkan 'exit' untuk keluar dari persekitaran, reboot dan log masuk semula menggunakan akaun pengguna anda.

Merujuk kepada ArchWiki, kita mulakan dengan menyunting fail pacman.conf:
sudo nano /etc/pacman.conf
Lalu tambahkan repo MATE di akhir fail:
[mate]
Server = http://repo.mate-desktop.org/archlinux/$arch
Paparan pacman.conf dalam nano

Untuk simpan (Save) dan keluar dari nano, tekan kekunci Ctrl + O, dan Ctrl + X. Kemudian, terus pasangkan MATE:
sudo pacman -Syy 
sudo pacman -S mate mate extras
Tunggu sehingga siap pemasangan. Kemudian, mari kita pasang beberapa lagi keperluan untuk melengkapkan persekitaran desktop kita. Disunting dari tutorial saudara Hao Ren di sini, kita teruskan dengan:
sudo pacman -S tint2 nitrogen xcompmgr networkmanager network-manager-applet gvfs gvfs-afc autofs
sudo pacman -S libdvdread libdvdcss flashplugin java-runtime ttf-dejavu ttf-ubuntu-font-family
sudo pacman -S slim archlinux-themes-slim slim-themes
SLiM ialah salah satu dari Display Manager. Boleh baca di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya. Saya juga pilih SLiM kerana ia 'ringkas' dan mudah difahami.

Setelah siap pemasangan SLiM, kita perlu hidupkannya:
sudo systemctl enable slim.service
Salin templat .xinitrc dari skel:
cp /etc/skel/.xinitrc ~
chmod +x ~/.xinitrc
Mari kita sunting pula fail .xinitrc itu untuk membolehkan kita boot ke persekitaran desktop:
nano .xinitrc
Sila taipkan baris ini di akhir fail .xinitrc:
exec mate-session
Paparan .xinitrc dalam nano

Seperti biasa, simpan fail tersebut dan keluar dari nano (Ctrl + O dan Ctrl + X).

Baiklah. Siap sudah keseluruhan pemasangan persekitaran desktop MATE pada Arch Linux. Sila mulai semula (reboot) dan log masuk. Ini salah satu contoh tema SLiM, iaitu yang saya sedang gunakan:


Setelah log masuk, anda boleh ubahsuai semahu-mahunya, selagi tidak merosakkan sistem anda. Anda boleh mula dengan artikel Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Arch Linux.

Ini contoh Arch Linux yang telah saya siap konfigurasikan dengan persekitaran desktop MATE:


Selamat mencuba dan berjaya memasang persekitaran desktop pilihan anda!
Powered by Blogger.