Perkhidmatan Percuma Bina Laman Sesawang/Blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

[UPDATE: Weebly Storage,Bandwidth]

Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan servis atau perkhidmatan percuma untuk anda membina laman sesawang atau blog. Sebelum melangkah ke alam 'hosting' penulis pernah belajar pada laman-laman yang menawarkan perkhidmatan seperti ini. Kebanyakkan perkhidmatan ini bersifat drag-and-drop. Jadi,memang mudah untuk dikendalikan. 

Sekiranya anda seorang yang memang menggunakan alam maya sebagai destinasi untuk mengembangkan perusahaan anda. Laman-laman ini memang padan dan cukup sesuai untuk anda. Selain perkhidmatan seperti ini mudah untuk diuruskan kerana mengamalkan fungsi 'drag-and-drop". Anda juga tidak perlu memikirkan tentang penjagaan 'hosting',tidak terlalu memikirkan tentang penjagaan sekuriti atau keselamatan. Dan berbagai lagi kelebihan yang mungkin anda dapati daripada laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan ini.

Apakah perkhidmatan yang penulis sebutkan? Mungkin anda pernah mendengar Webnode,iaitu sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan seperti ini. Webnode merupakan sebuah laman yang cukup arif dalam menyediakan perkhidmatan seperti ini. Penulis juga pernah menggunakannya. [WarezProject.webnode.com]. Sebuah laman Warez yang hanya tinggal kenangan. Semua pautan muat turun sudah mati kerana menggunakan MediaFire sebagai perantara. Jika anda melihat pada hujung halaman utama Unlimited Download ini. Anda akan perhatikan Mr.John sebagai pihak pentadbir. Ya! Itulah nama penulis suatu ketika dahulu,sebelum berubah ke pelbagai nama. Mungkin bro Freddie mengenali nama itu. Huh. Nostalgia.

Perkhidmatan seperti ini umpama Blogger dan WordPress.com kerana selain daripada subdomain yang ditawarkan fungi menyunting juga bersifat terhad. Anda hanya bermain dengan html pada beberapa bahagian sahaja. Untuk anda yang masih baru dan tidak mahu memikirkan tentang pengurusan laman sesawang yang terlalu susah dan payah. Maka,perkhidmatan seperti ini mesti diambil perhatian. Semua perkara,jika dimulakan dari bawah pasti akan menunjukkan jalan yang mudah. Apa salahnya untuk anda mencuba untuk sekurang-kurangnya menambahkan ilmu pengetahuan. 

1. WEBNODE.COM
 
Seperti yang penulis bicarakan tadi tentang perkhidmatan Webnode ini. Jadi,memang penulis akan memilihnya sebagai nombor satu dalam artikel ini. Webnode mudah untuk diuruskan kerana mengamalkan fungsi Drag-and-Drop. Dengan fungsi pendaftaran yang cukup mudah menjaminkan pengurusan laman sesawang/blog anda juga turut dipermudahkan. Menawarkan pelbagai tema/template yang khusus untuk laman sesawang/blog akan lebih memudahkan lagi anda untuk menyesuaikan laman anda mengikut tujuan anda. Jika anda ingin membina laman berkenaan dengan sukan. Maka,terapkan unsur sukan dalam laman sesawang/blog anda. Jika diceritakan semua kelebihan maka tiada apa yang akan dapat pelajari dan kemungkinan besar keasyikan hilang begitu sahaja. Sebelum penulis lupa,ruang penyimpanan 100MB dan jalur lebar 1024MB. Jika anda mengatakan bahawa ruang penyimpanan 100MB tidak mencukupi. Anda terbukti salah kerana laman WarezProject penulis yang lama menggunakan sekitar 5MB. Tapi,jalur lebar 1024MB rasanya tidak mencukupi untuk perusahaan anda,sekiranya anda ingin bergiat serius untuk memasarkan barangan anda.

Semua perkara yang dicipta oleh manusia mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Kekurangannya terletak pada iklan yang diletakkan oleh mereka secara lalai. Untuk membuangnya anda perlu melanggan servis premium mereka. Ini yang membuatkan laman anda tidak kelihatan profesional. Tapi,semuanya terletak pada anda. Kebanyakkan penulis alam maya (blogger) mengatakan bahawa laman yang terlihat profesional akan menarik perhatian pengguna untuk menggunakan servis anda. Itu perkara betul. Tapi,sekiranya laman anda tidak kelihatan profesional tapi servis yang anda berikan itu tahap profesional. Maka,itu lebih baik.

2. Weebly.com

Jangan terperanjat jika penulis katakan Weebly lebih bagus daripada Webnode. Weebly merupakan pilihan yang perlu diutamakan untuk anda membina laman sesawang tanpa memikirkan kekusutan. Penulis memilih webnode kerana Webnode amat mudah untuk digunakan untuk membina laman sesawang/blog berbanding Weebly yang lebih tertumpu kepada laman sesawang. Tapi,jika anda berkemahiran,semua perkara boleh jadi. Malah,servis yang ditawarkan oleh Weebly melebihi servis Webnode. Weebly menggunakan fungsi yang sama seperti Webnode iaitu Drag-and-Drop. Kebanyakan "online website builder" menawarkan fungsi ini. Antara kelebihan perkhidmatan Weebly ialah kelebihan menggunakan domain luar. Anda diberi tiga pilihan,menggunakan subdomain daripada Weebly,membeli domain secara langsung dari laman Weebly dan menggunakan domain dari luar. Weebly juga menawarkan fungsi tuju dan tanda iaitu fungsi halakan kursor ke tempat yang boleh disunting dan lakukan penyuntingan terus  dari situ. Sukar untuk difahami? Anda daftar dan alaminya sendiri. Weebly memiliki FAQ [disini] yang serba lengkap umpama Arch Wiki. Ruang penyimpanan dan jalur lebar yang ditawarkan oleh Weebly ialah tidak terhad (Unlimited). Jika dilihat secara mata kasar. Memang banyak kelebihan yang terdapat pada perkhidmatan Weebly ini. Jadi,apa kata anda?

Untuk penulisan kali ini rasanya dua sahaja yang penulis kongsikan. Ini kerana,pembuka kata cukup panjang dan membuatkan entri menjadi panjang. Jadi,nantikan sambungannya pada bahagian kedua yang akan menyusul tidak lama lagi.

ADAKAH ANDA MAHU PENULIS TERUSKAN SLOT "PERMAINAN VIDEO LAMA"
  
pollcode.com free polls 

Selamat mencuba.
Sekian,Assalamualaikum.
Powered by Blogger.