22 January 2013

Pro Evolution Soccer 6 (PC)


By on 12:42 PM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


[UPDATE: PANDUAN MUAT TURUN DIRECT LINK]

Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Bertemu lagi kita dalam slot permainan video lama setelah sekian lama dihentikan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Hari ini merupakan hari yang bersejarah apabila slot permainan video lama kembali lagi hasil daripada sebulat suara pengguna OMG! Hackers yang mahukannya diteruskan. 91% pengguna OMG! Hackers? bersetuju agar diteruskan slot permainan video lama berbanding 9% yang menolak untuk diteruskan. Kesemua daripada anda yang mengundi mempunyai sebab masing-masing untuk katakan Ya! atau Tidak! Tapi apabila keputusan akhir dikeluarkan,semua pihak perlu menerimanya dengan hati yang terbuka.

2013-01-22 09_15_53-Poll Results_ ADAKAH ANDA MAHU PENULIS TERUSKAN SLOT _PERMAINAN VIDEO LAMA_

Selesai sudah pembuka bicara berkenaan hal ini. Kita teruskan kepada topik perbincangan kita yang asas iaitu mengenai permainan video lama yang masih seronok untuk dimainkan. Pro Evolution Soccer 6 merupakan permainan video yang dibina oleh Konami sekitar tahun 2006–2007. Permainan ini tidak memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi untuk menjalankannya. Ini kerana grafiknya tidak berapa  tajam seperti kebanyakan permainan video yang dihasilkan sekarang khususnya permainan video yang menyerupai Pro Evolution Soccer (PES) itu sendiri. Untuk lebih keseronokan sewaktu memainkan permainan ini anda memerlukan 'joystick'. Permainan video Pro Evolution Soccer 6 yang akan dikongsikan penulis bersifat RIP. Jadi,suara pemberi ulasan atau komentar telah dibuang. Meskipun telah dibuang anda masih boleh mendapatkannya di Google melalui beberapa carian mudah. Beberapa gambar pada halaman utama juga dihilangkan. Gambar tersebut tidaklah berapa penting. Semua fungsi berjalan dengan sempurna. Semua pasukan dan pemain pada permainan video Pro Evolution Soccer 6 ini adalah pasukan dan pemain yang bermain sekitar tahun 2006–2007. Anda boleh mendapatkan pemindahan pemain dan pasukan yang baru melalui carian pada Google iaitu “Option File PES 6 2012–2013” atau anda boleh dapatkannya [disini]. Seperti apa yang penulis dapati,rasanya fungsi 'online' tidak tersedia. Anda hanya dapat bermain secara 'offline'. Rasanya tiada apa yang akan diperkatakan lagi tentang Permainan video Pro Evolution Soccer 6 ini. Jika terdapat pertanyaan daripada anda sila berikan komentar di ruangan yang disediakan.

pro evolution soccer 6

Penulis memuat naik fail Pro Evolution Soccer 6 ini pada media penyimpanan awan Box.com. Walaupun Box.com mempunyai kelebihan tetapi masih terdapat kekurangan kerana Box.com merupakan ciptaan manusia. Kekurangannya terletak pada jalur lebar (bandwidth) atau pemindahan data (data transfers) yang disediakan oleh pihak Box.com ialah sebanyak 10GB sebulan. Sekiranya anda tidak dapat memuat turun,kemungkinan besar jalur lebar telah mencapai tahap yang dibenarkan. Jadi,anda boleh tunggu pada bulan hadapan untuk memuat turun. Harap maklum. Anda diberi pilihan untuk membantu penulis memuat naik fail pada FileSwap.com ataupun Box.com. Sekiranya pengguna meminta agar dimuat naik di FileSwap.com. Maka,pada penulisan yang akan datang,penulis akan memuat naik pada laman sesawang FileSwap.com.

ingame_16x10
_-Pro-Evolution-Soccer-6-PC-_


Klik [disini] untuk memuat turun Pro Evoluton Soccer 6 (torrent).
Klik [disini] untuk memuat turun Pro Evolution Soccer 6 (direct link) 

Bagi anda yang tidak dapat lagi memuat turun melalui 'shared direct link' diatas. Ikuti tutorial dibawah.

1. Kunjungi laman Box.com [disini].
2. Log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan ini.  
E-Mel: b1799144@rmqkr.net 
Kata Laluan: omghackers.com 
3. Muat turun melalui pautan yang tersedia di situ.
4. Diharap agar anda tidak mengubah kata laluan. Gunakan secara berhemah. Kasihanilah sesama kita.
5. Setelah selesai log masuk,masuk ke bahagian Setting,Security dan bersihkan kehadiran anda disitu.

Assalamualaikum.

About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

0 comments :

Post a Comment