Tonton Hulu Dari Luar US Secara Percuma

Ok, ini bukan merupakan entri saya yang pertama mengenai cara menonton Hulu.com dari luar US. Antara entri dalam kategori yang sama sebelum ini ialah:

1. Jom Tonton Hulu.com Dari Malaysia Dengan DNS Tunneling

2. [Tutorial] Tonton Hulu Dari Luar US Tanpa Menukar IP

3. [Tutorial] Menggunakan DNS Tunlr Pada Ubuntu/Linux (Tonton Hulu Dari Luar US)

Jika dicampur dengan entri mengenai VPN umumnya dan OpenVPN khususnya, saya anggarkan sudah lebih dari 20 entri. Jadi apa istimewanya Hulu.com dan lain-lain laman web 'seangkatan' dengannya?

Tiada yang terlalu istimewa, cuma apabila seseorang ingin menonton Hulu.com dari luar US, mereka terpaksa menggunakan cara yang 'istimewa' supaya laman tersebut 'menganggap' mereka berada dalam US.

Kaedah kali ini adalah dengan menggunakan Media Hint, dan ia terdapat untuk pelayar web Google Chrome serta Firefox.

Antara laman web yang berkesan menggunakan cara ini ialah:

1. Hulu.com
2. Netflix
3. Pandora
4. ABC.com
5. A&E TV
6. Adult Swim
7. Bravo TV
8. Rdio

Saya menggunakan Google Chrome sebagai pelayar web lalai, jadi saya akan tunjukkan cara memasang Media Hint pada pelayar web tersebut.

Cara Memasang Media Hint pada Google Chrome:

1. Muat turun extension Media Hint pada pautan ini : Media Hint extension setup

2. Pada Google Chrome, klik Tools --> Extensions

3. Seret dan lepas extension yang telah anda muat turun itu tadi pada paparan senarai extensions:



Siap sudah. Sekarang anda sudah boleh menonton atau menggunakan laman-laman web yang telah disenaraikan di atas. Macam biasa, saya pasti cari video di Hulu.com dulu:


Gunakan ia selagi ia percuma! Kalau sudah bertukar menjadi servis berbayar di kemudian hari, jangan menyesal pula!

Oh ya, untuk Firefox, anda boleh pasang Addon-nya di sini: Media Hint
Powered by Blogger.