Eternity Warriors 2 Cheat [Android]

Anda merupakan peminat permainan Eternity Warriors? Adakah anda 'pening kepala' mencari cara untuk mendapatkan cheat bagi permainan ini? Jika ya, maka anda telah pun datang ke blog dan artikel yang betul.




Siapa tahu, jika tidak diberitahu, bahawa terdapat satu tool berguna untuk para penggemar tegar permainan Eternity Warriors 2 yang membolehkan anda memperoleh wang dan Glu Credits tanpa had, dan tool itu boleh didapati dengan mudah di Google Play secara percuma.

Apakah ia? Ia diberi nama GameSpector. Memang sangat mudah menggunakannya, asal ROM anda sudah sedia ROOT. Kalau belum, sila root ia terlebih dahulu. Jangan merungut, jangan bersungut. Root itu memudahkan kita. Kalau tak mahu, anda bolehlah cari kaedah lain yang sesuai untuk anda. Pilihan ditangan masing-masing.

Apa yang perlu anda lakukan cuma buka GameSpector, benarkan popup untuk menjalankan ia sebagai Root. Kemudian pilihlah Eternity Warriors 2 dari senarai aplikasi-aplikasi -> Show Patches -> Apply Patches -> Klik 'Yes' untuk popup-popup seterusnya.

Siap! Sekarang buka Eternity Warriors 2 dari menu. Periksa jumlah wang dan Glu Credits anda. Semoga anda mendapat wang dan Glu Credits tanpa had! Enjoy der!
Powered by Blogger.