ICMP Tunnel Percubaan Oleh TunnelGuru

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

   Hari ini saya ingin kongsikan ICMP Tunnel percuma dari Tunnel Guru yang telah dicuba oleh saya selama sehari. Apa itu ICMP? Ia adalah singakatn untuk (Internet Control Message Protocol), di mana ia adalah adalah protokol yang digunakan untuk membantu "error handling" dan prosedur pengaturan "control procedure". Protokol ini bekerja pada "network layer" dan berurusan dengan servis sambungan "connection services". Tugas ICMP adalah menyediakan pengendalian ralat (error control ) dan pengendalian arus (flow control) pada network layer.

   Kegiatan yang berjalan di Internet dipantau secara teliti oleh router. Jika terdapat sesuatu yang tidak diingini, kejadian tersebut akan dilaporkan oleh ICMP. ICMP mengesan keadaan ralat (error) seperti kesesakan internetwork (internetwork congestion) dan hubungan yang terputus, lalu memberitahu IP (Internet Protocol) dan protokol pada layer atas sehingga paket-paket dapat dihantar ke tempat yang bermasalah.

   Kadang kala ada network yang menghalang semua port TCP dan mengawalnya, tetapi masih lagi mempunyai PING yang baik ke atas internet. Kenapa tidak guna sahaja ICMP packet untuk membuat terowong (tunnel) ke atas internet dan seterusnya menggunakan internet. Macam mana nak guna?

1. Install Java : 32-bit, 64-bit
2. Daftar di sini : Tunnel Guru
3. Download Client : TG v2.0.0.0 (Windows sahaja)
4. Jalankan Tunnel Guru


Setting:
Server - Demo Server (Free User 1 Server Sahaja)
RPort - 0, Lport - 0
Username dan Password - Sila periksa email anda.
Tandakan Pada - Tunnel DNS Query
Protocol - ICMP, UDP, TCP 
Mode - 1 hingga 6 (Pilih mana yang bersesuaian)
Enjoy..

Nota:
Saya telah mencuba ICMP tunnel ini pada P1 prepaid dongle yang telah lama tidak digunakan kerana telah bertukar kepada streamyx. Ternyata berhasil untuk melayari internet tanpa tambah nilai. Kuota untuk ICMP ini tidak dinyatakan. Anda cuba sendiri. Saya telah menggunakan hampir 2 jam hari ini dan semalam tanpa masalah.

video


Perhatian:
VPN, ICMP dan sebagainya dicipta bukan untuk bypass kuota dan sebagainya. Sebaliknya untuk keselamatan semasa melayari internet, melepasi firewall dan sekatan ke atas internet, serta menghantar dokumen penting tanpa di ganggu oleh pihak tidak betanggungjawab contohnya cracker. Apa yang berlaku di atas adalah kelemahan sekuriti dari ISP atau penyedia perkhidmatan itu sendiri, dan perkara ini hanya bersifat sementara. Ianya akan segera diperbaiki jika penyedia perkhidmatan tahu adanya lubang (loophole) untuk melepasi sebarang sekuriti mereka. Tukar mentaliti anda terhadap VPN. Harap maklum.

Sekian dan selamat mencuba.. 
Powered by Blogger.