Mouselock : Ketahui 'Pencerobohan' PC Anda

Seseorang boleh mengetahui dengan mudah setiap perincian maklumat mereka yang telah menceroboh PC masing-masing dengan memasang keylogger di PC sendiri. Keylogger (Keyboard Logger), seperti yang diketahui akan merakam setiap apa yang ditaip pada papan kekunci, jadi apa jua maklumat mereka yang menggunakan PC anda akan dapat diketahui.

Namun, kelemahan keylogger ialah ia menggunakan sumber dari PC anda (RAM, CPU) dan ini boleh menyebabkan prestasi PC anda menjadi berkurangan. Bagaimana jika anda tidak mahu merakam aktiviti 'penceroboh' PC anda, tetapi cukup sekadar anda 'dimaklumkan' sahaja mengenainya?

Di sinilah Mouselock boleh membantu. Ia berfungsi dengan cukup mudah. Anda cuma perlu buka laman webnya, kemudian log masuk menggunakan akaun Google anda:

 

Pilih mana-mana nombor untuk dijadikan sebagai 'kod rahsia' anda (jangan lupa pula!):


Setelah itu, halakan anak panah anda kepada slot di tengah-tengah tersebut dan klik padanya:


Apabila seseorang cuba menggunakan PC anda 'tanpa kebenaran', dan dia tidak dapat meneka nombor yang sepatutnya dalam masa yang beberapa saat, Mouselock akan bertindak dengan menghantar e-mel untuk memaklumkan kepada anda aktiviti tersebut:




Kalau hendak trik ini lebih berkesan, gunakan pelayar web dalam mod skrin penuh sebelum meninggalkan PC anda kepada pengawasan Mouselock, supaya ia tidak kelihatan digunakan hanya melalui pelayar web.

Tak lupa juga Mouselock boleh menggunakan kamera web anda untuk menangkap gambar 'penceroboh' PC anda. Saya tak pasti sama ada gambar itu akan dihantar ke e-mel anda tetapi setakat yang telah saya cuba, tiada gambar yang telah dihantar meskipun ia telah diambil dari kamera web.

Kelemahan trik ini ialah, anda tidak akan dapat tahu siapa yang menggunakan PC anda (melainkan anda menggunakan pengawasan kamera), apa yang telah dilakukan olehnya, dan jika mereka yang tahu mengenai Mouselock ini dijalankan melalui pelayar web, mereka hanya perlu tekan kekunci Ctrl + W sahaja untuk menutupnya sebelum kiraan masa berakhir. Hahaha..

Petang-petang cenggini jangan serius sangat!
Powered by Blogger.