'Pandu Uji' : KDE 4.10 + Arch Linux!

Dahulu, saya bukanlah peminat KDE (K Desktop Environment). Saya lebih menggemari Gnome 2 kerana keringkasan, kepantasan, dan ia lebih 'ringan' berbanding KDE yang boleh dilabel sebagai sebuah persekitaran desktop yang agak 'berat' tambah lagi untuk 'ditanggung' oleh pemproses yang lemah (Sekarang saya masih menggunakan netbook dengan Intel Atom yang sangat memanaskan jiwa).

Namun setelah menonton beberapa reviu tentang KDE 4.10 yang dikatakan sangat bagus, moden, pantas, serta serba boleh, saya tergerak hati untuk mencubanya. Ternyata reviu mereka tidak salah apabila KDE 4.10 berjaya membuat saya berasa kagum!

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, mari tonton beberapa video!

Jangan lupa tonton dalam HD!




Antara ciri KDE 4.10 yang menarik:

1. Integrasi dengan peranti Android yang lebih baik!

Ya! Ini adalah ciri yang paling saya sukai. Saya sudah penat cuba 'bermain' dengan beberapa utiliti seperti go-mtpfs, tetapi masih gagal untuk mount HTC One X ini. Namun sebaliknya yang berlaku dalam KDE 4.10, apabila ia mount secara automatik. Memang mudah!

Auto-mount Android. Yeah!

Fail-fail dalam HTC One X dapat dibuka melalui Dolphin (File Manager)

2. Lebih pantas, lebih kemas dan cantik.

Tidak dapat dinafikan lagi, Arch Linux + MATE = mungkin boleh dikatakan sangat serasi sebagai persekitaran desktop dengan paparan moden tanpa mengorbankan prestasi. Tetapi Arch Linux dengan KDE 4.10 = adalah jawapan terbaik untuk keduanya. Paparan yang lebih cantik dengan ciri yang moden, ditambah dengan prestasi lebih baik berbanding versi KDE sebelumnya, anda pasti tidak akan kecewa kali ini.

Contoh paparan aplikasi/perisian dengan tema lalai (default)

3. Animasi desktop sebaik Compiz

Saya memang lebih sukakan desktop dengan 'eye candy', jadi alternatif kepada Compiz sangatlah dialu-alukan. KDE mempunyai Kwin, dan ia juga ada kesan visual seperti Wobbly Window, Magic Lamp serta tak lupa juga Desktop Cube yang ohsem!


Pencarian lama berakhir sudah. Saya sudah berhenti mencari distro yang serasi dengan hati apabila 'terpaut' pada Arch Linux. Kini pencarian persekitaran desktop pula menyusul. Mungkin ada antara anda yang lebih selesa dengan Window Manager yang ringkas seperti Awesome dan Openbox. Tetapi kalau anda terasa hendak 'berhenti' dari keselesaan dan mencari raksasa untuk dijinakkan, KDE sedia menanti.

KDE 4.10 bersama pelbagai ciri baharu bakal mempersonakan anda. Saya suka dengan pembaharuan yang dilakukan oleh para pembangun KDE apabila netbook dengan Intel Atom ini telah berjaya menjinakkannya. Versi sebelum ini sememangnya agak 'berat' dan kerap kali netbook saya terpaksa 'force' shutdown kerana 'sangkut' di sana-sini.

Buat mereka yang dulu ragu-ragu, saya sarankan anda cubalah versi 4.10 ini. Ia pasti memberikan anda satu pengalaman baru dan kenangan yang baik setiap kali anda padamkan komputer anda.
Powered by Blogger.