[ Tutorial ] Restore atau Reinstall iOS Menggunakan Redsn0w

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Tajuk kita pada hari ini ialah Restore atau Reinstall iOS menggunakan Redsn0w.
Seperti saya kata pada entri sini, SHSH Blobs adalah tiket untuk kita restore iOS kita.
Sebelum kita mulakanya, anda perlu penuhi senarai dibawah:
  • IPSW ( iOS firmware )
  • TinyUmbrella
  • iTunes
  • redsn0w ( jailbreak tool )
 Jika anda belum download, sila klik senarai di bawah :)
 Sudah sedia? Jom kita mula

Langkah 1

Sila buat satu folder, untuk anda letakkan benda yang anda download senarai di atas. kecuali iTunes dan Java SE Development Kit 7u13.

 klik untuk lebih jelas :D

 erm, gambar di atas tu lihat sebelah kanan. yang kiri itu nanti saya ceritakan :D


Langkah 2


Jika anda belum ada iTunes, sila download dan install. Jika ada sudah ada, hanya perlu buka sahaja iTunes. Kemudian tunggu iDevices anda connected, anda tekan pada " Devices " dan scroll bawah, anda akan nampak " Back Up Now "
klik untuk lebih jelas :D

Ini contoh gambar langkah 2. Sebenarnya tak scroll down pun boleh nampak Back up now :P. Proses backup ini, masa dia bergantung pada file kita juga. Jika file kita banyak, maka lama lah proses dia :3

Langkah 3

Selesai sahaja backup, anda boleh tutup iTunes, dan buka TinyUmbrella ( pastikan anda sudah install Java SE Development Kit 7u13 kerana ia amat penting pada TinyUmbrella serta nak buka tu klik kanan dekat TinyUmbrella pilih " Run As " ). Sesudah anda buka TinyUmbrella, sila tekan di connect devices, dan klik Advanced.


klik untuk lebih jelas :D

Jika anda tekan Request from Cydia itu tiada SHSH Blob, anda untick Request from Cydia. InsyaAllah ada SHSH iOS anda :) ( jika Apple tak hentikan pengeluaran SHSH lah >.< )


klik untuk lebih jelas :D

Ini contoh jika ada. Merujuk gambar atas, saya punya iPhone 4S hanya ada SHSH Blobs iOS 6.1 sahaja :(, sebelum2 ni ada 6.0.1. Itu bermakna Apple sudah hentikan pengeluaran SHSH Blobs 6.0.1 :(. Harap anda backup secepat yang mungkin. 


Langkah 4

Buka folder yang mengandungi SHSH Blobs anda, sila copy dan letak dekat folder yang anda create mula2 tadi. Ini jika anda format komputer anda, sekurang2nya anda ada backup SHSH Blobs. Ingat, IPSW ( iOS firmware ) boleh di cari, tetapi SHSH Blobs yang LE ( limited edition ) susah dicari :D


klik untuk lebih jelas :D

Ini contoh folder yang saya buat dan save. Anda boleh save folder ni atau buat softcopy ka, hardcopy ka atau copy lah ke mana2 asalkan ada bila anda cari nanti :P

Langkah 5

Sila buka redsn0w ( pastikan anda extract dan nak buka tu sila klik kanan, ambil " Run As " ) dan sila klik Extras > Even More > Restore dan klik IPSW.
Cari IPSW yang anda letak di Desktop > * nama folder yang anda letak *
Kemudian anda tidak perlu tekan Local atau Remote di bahagian Blobs kerana dia akan autodetect SHSH Blobs anda. :)


klik untuk lebih jelas :D

Ini contoh gambar :D
Kemudian anda duduk diam sahaja. iDevices anda akan keluar logo iTunes ( bermakna restore mode ) dan akan keluar warning. Warning itu mengatakan akan upgrade baseband bla2*. Abaikan tekan sahaja Yes! ( saya dah buat kat iPhone 4S saya ternyata mujarab ^^v ). Jika iDevices lain, Wallahualam. >.<

dan Tadaaaaa..anda sudahpun restore iOS anda.
Ini screenshot yang saya ambik di 4S saya :D



klik untuk lebih jelas :D

Lihatlah, betapa sucinya dan masih dara lagi ( kerana suara Siri perempuan :P )
klik untuk lebih jelas :D


Version 6.1 ( 10B142 )
dan
klik untuk lebih jelas :D

ini betul2 nak, bukan cobaan >.<
Tahniah, anda sudah pun restore atau reinstall iOS 6.1.
Anda boleh jailbreak tiada masalah :) 

Kerana saya sudah buat 3x ^^v

Untuk lebih jelas, saya ada buat satu video mengenai hal ini.
Tetapi maaf jika ada kekurangan kerana ini kali pertama saya buat video khas untuk anda. Saya edit suara saya menjadi besar kerana saya rasa segan bila dengar balik suara saya >.<



Terima kasih kerana sudi luangkan masa anda yang terhad itu untuk baca entri ini.
InsyaAllah jika ada kelapangan saya buat video dan post baru. 

Sila layan video yang tak seberapa ini >.< ( ambik 480p tau )







Sekian sahaja, Assalamualaikum :D

p/s : sila feedback jika anda restore :D
Powered by Blogger.