5 Filem Animasi Pendek 3D Menarik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan beberapa filem animasi pendek dalam bentuk tiga dimensi (3D) yang menarik.

Sebut sahaja animasi ramai yang menggemarinya. Animasi tidak mengenal usia,darjat,pangkat mahupun harta. Semua pasti menontonnya. Lihat sahaja kejayaan rancangan animasi Upin dan Ipin yang telah membuka mata dunia tentang keunikan animasi dan juga secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebuah negara yang bukan calang-calang penduduknya. Rancangan animasi bukan sekadar hiburan semata-mata. Jika kita lihat kebanyakkan animasi yang dicipta akan terdapat nilai yang terdapat pada animasi buatan mereka. Ini merupakan perkara utama bagi setiap animasi yang dicipta. Tanpa,membuang masa lagi marilah kita telusuri alam animasi yang menarik dalam format 3D. Susunan tidak mengikut dari terbaik hingga kurang baik kerana semua animasi yang dibina adalah baik belaka.

1. Sintel.
 
Animasi 3D Sintel merupakan animasi yang dibina menggunakan Blender Engine. Saya amat menggemari animasi ini kerana animasi ini sungguh hebat. Grafik pada animasi ini seolah-olah menggunakan sebuah perisian yang berbayar. Tapi,tidak kerana Blender merupakan sebuah perisian sumber terbuka. Sintel diarah oleh Colin Levy. Tiada apa yang perlu diterangkan. Anda perlu menonton animasi ini sendiri untuk mendapatkan hasil yang dimaksudkan.

2. Big Buck Bunny.  
Big Buck Bunny juga merupakan sebuah animasi yang dibina menggunakan Blender Engine. Sama seperti Sintel dimana grafik pada animasi ini cantik dan menawan. Jika anda gemarkan akan animasi yang tidak bercakap dalam bahasa manusia. Maka,ini merupakan pilihan yang tepat. Jika,anda meminati animasi ini. Jangan melepaskan peluang untuk memainkan sebuah permainan video Yo Frankie!.
Animasi Big Buck Bunny diarahkan oleh Sacha Geodegebure.

3. Granny O'Grimm's Sleeping Beauty.  
Saya menggemari laman animasi Granny O'Grimm's Sleeping Beauty ini apabila laman animasi ini dipersembahkan dalam bentuk flash. Jika anda sudah lama tidak mendengar cerita sebelum tidur maka anda perlu menonton animasi ini. Animasi ini banyak menerima anugerah. Animasi ini diarah oleh Nicky Phelan.

4. Oktapodi.
 
Animasi Oktapodi yang berdurasi 3 minit ini merupakan sebuah animasi yang ringkas tapi padat. Merupakan animasi yang banyak menerima anugerah. Animasi ini mengisahkan dua ekor sotong yang ingin menyelamatkan diri daripada seorang penjual sotong mungkin. Anda perlu menonton animasi ini sama ada berjayakah sotong ini atau sebaliknya. Oktapodi diarah oleh enam orang sahabat. [rujuk laman].

5. Alma.
 
Animasi Alma mengisahkan tentang seorang budak yang bernama Alma yang terjumpa akan sebuah anak patung iras-iras dirinya. Alma ingin mendapatkan patung tersebut. Apakah yang akan berlaku kepada Alma? Adakah Alma berjaya mendapatkan anak patung tersebut? Anda perlu menonton animasi ini sekiranya anda ingin tahu apakah kesudahannya. Animasi ini boleh dikategorikan sebagai animasi seram. Animasi ini diarah oleh Rodrigo Blass.

Sekian sahaja penulisan bagi animasi yang dikumpul dan dikongsikan kepada anda. Anda boleh dapatkan pelbagai lagi animasi yang menarik dan yang penting mempunyai nilai yang tersendiri.

Pautan rujukan:-
1. Youtube.com.my
2. 15 Amazing Animated Short Films
3. Short Of The Week

Assalamualaikum.
Powered by Blogger.