Asas Arahan Dalam Terminal (Arch Linux, Ubuntu)

Salam. Buat para pengguna sistem operasi Linux, 'bergelumang' dengan dunia Terminal dan arahan-arahannya bukan perkara luar biasa. Tak lengkap rasanya jika menggunakan distro Linux tanpa penggunaan Terminal.

Distro Arch Linux contohnya, penggunaan arahan-arahan adalah satu perkara pasti dalam menjayakan sesuatu tugas. Contoh paparan/bentuk Terminal adalah seperti gambar di bawah:



Sebelum kita mulakan, mari kita tonton dulu video ini:


Berikut saya catatkan beberapa arahan berguna untuk anda, yang diambil dari Arch Handbook. Secara asasnya arahan-arahan ini boleh digunakan dalam mana-mana distro, baik Arch Linux itu sendiri mahupun Ubuntu, Linux Mint, dan lain-lain.

Arahan-Arahan/Baris Perintah Berguna Untuk Pengguna Linux:

1. Menukar direktori semasa:
cd /nama/direktori
Contoh:
cd /home/drfreddy/Downloads
2. Mencipta direktori:
mkdir /direktori/folderbaru
Contoh:
mkdir /home/drfreddy/namafolderbaru
3. Memadam Direktori Kosong:
rmdir /direktori/kosong
Contoh:
rmdir /home/drfreddy/folderkosong
4. Memadam Direktori Yang Ada Fail:
rmdir --ignore-fail-on-non-empty /direktori/AdaFail
Contoh:
rmdir --ignore-fail-on-non-empty /home/drfreddy/foldertakkosong
5. Menyenaraikan fail dalam satu direktori:

Semua fail, kecuali yang tersembunyi (hidden)
ls
Semua fail beserta yang tersembunyi:
ls -a
Semua fail, beserta yang tersembunyi dan properties:
ls -la
Fail dengan extension tertentu, contohnya mp3, mkv atau avi:
ls *.avi
6. Mengalihkan Fail:

(.ext = extension)
mv /direktori/lama/fail.ext /direktori/baru/fail.ext
Contoh:
mv /home/drfreddy/thegimp.rar /home/drfreddy/Pictures/thegimp.rar
7. Menyalin Fail:
cp /direktori/fail/failanda direktori/fail/salin/failanda
Salinan sandaran harus disertakan dengan '.backup':
cp /direktori/semasa/failanda direktori/semasa/failanda.backup
8. Memadam Fail:
rm /direktori/semasa/failanda.ext
9. Memaparkan Isi Kandungan Sesebuah Fail:
cat /direktori/semasa/failanda.ext
10. Menjadikan Fail Sebagai Executable:
chmod +x /direktori/semasa/script.sh
11. Mencari Fail Tertentu Dengan Extension Tertentu Pada Seluruh Filesystem:
cd /
find -name malique.mp3
12. Mount Partition:
mount /dev/sdX1 /media/mountpoint
Contoh:
mount /dev/sda1 /media/folder
13. Memaparkan Jumlah Keseluruhan Baki Ruang Partition:
df -h
14. Memaparkan Kesemua Proses Yang Sedang Berjalan:
ps -A
15. Menutup Sesuatu Proses, contohnya Conky:
killall conky
16. Memaparkan Manual Bagi Sesuatu Program, contohnya Chromium:
man chromium
17. Mencari Jodoh, Lama Atau Baru:
sudo pacman -S jodoh-dengan-neelofa atau natasha hudson atau yang-seumpama-dengannya
Errr.. ok.. yang ini tiada dalam senarai baris perintah weh! Naya la saya semua pun nak!

Arch Linux (Extra)
pacman -S (pasang pakej) 
pacman -R (buang pakej) 
pacman -Sy (kemaskini) 
pacman -Su (naik taraf) 
pacman -Ss (cari pakej/nama pakej) 
pacman -Sc (autoclean) <--- Bahasa Melayunya apa? 
pacman -Syu (kemaskini dan naik taraf) 
pacman -Rd (paksa buang pakej) 
pacman -Rdd (paksa buang pakej, yang diperlukan oleh pakej lain, tanpa membuang pakej yang memerlukan tersebut) 
pacman -Rs (buang pakej beserta pakej-pakej dependency) 
pacman -Rsc (buang pakej, dependency, serta pakej-pakej lain yang bergantung kepada pakej yang ingin dibuang tersebut) 
pacman -Rn (buang pakej tanpa memerlukan kepada pacman untuk membuat salinan sandaran) 
pacman -U (pasang pakej 'local', contohnya dari AUR)
..... dan banyak lagi yang boleh anda baca sendiri di sini: pacman - ArchWiki

Ok.. cukup setakat anda ambil asasnya dulu, kerana bak kata orang tua-tua zaman dahulu kala, yang asas itulah bakal membantu apabila sudah kukuh kelak. Apa? Siapa orang tua tu? Manalah saya tahu!
Powered by Blogger.