ClipGrab: Youtube Downloader And Converter (Cross-Platform)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hanya tajuk dalam Bahasa Inggeris tetapi penulisan dalam Bahasa Melayu. Pada permualaan saya melangkah ke alam penulisan alam maya di laman OMG! Hackers? Saya pernah menulis akan artikel tentang perisian pemuat turun daripada laman penstriman video YouTube. Pada penulisan tersebut,saya juga menggunakan Bahasa Inggeris sebagai tajuk penulisan,kandungan penulisan dalam Bahasa Melayu. Itu kisah lama. Saya telah buka buku baharu mengorak langkah dan menyusun strategi dalam meneruskan kehidupan duniawi untuk ukhrawi. Rasanya itu sahaja pembuka bicara untuk artikel ini. Kita teruskan kepada tujuan asal kita.


ClipGrab merupakan sebuah perisian pemuat turun video daripada laman penstriman video popular iaitu YouTube. ClipGrab tidak hanya menyokong laman penstriman video YouTube sahaja. Malah,terdapat pelbagai laman penstriman video popular lain yang disokong oleh ClipGrab. Antaranya ialah CollegeHumor,Vimeo,Dailymotion dan pelbagai laman penstriman video yang menarik.

Seperti yang tertera pada tajuk penulisan,ClipGrab tidak hanya digunakan untuk memuat turun video sahaja. Malah,kegunaannya lebih daripada itu. Anda boleh menukar format video kepada beberapa format video dan audio lain seperti WMV,MP3 dan lain-lain.


Dipetik daripada kata-kata pembina. ClipGrab tidak hanya memuat turun video berkualiti biasa. Malah,ClipGrab dapat memuat turun video berdefinisi tinggi (HD). Anda dapat memuat turun video berdefinisi tinggi daripada Youtube dan Vimeo. 

Akhir sekali,daripada apa yang anda perhatikan pada gambar pertama dimana ClipGrab menyediakan fungsi carian dimana fungsi ini digunakan untuk memudahkan membuat carian video. Seperti yang tertera pada laman rasmi ClipGrab. Perisian ini dibina oleh seorang warga Jerman yang bernama Philipp Schmieder Medien. Philipp juga menyediakan sebuah ruangan untuk para penderma bukan penderma darah atau organ tetapi penyumbang wang. Kemungkinan dengan wang tersebut akan dinaiktaraf akan perisian ini.

Kesimpulannya,perisian ClipGrab bukanlah perisian yang biasa melainkan luar biasa. Dan sebagai penutup. Mari kita tonton anak muda kacukan Malaysia-Jerman belajar mengaji Surah Al-Fatihah. Sekian.



Assalamualaikum.
Powered by Blogger.