Fungsi-fungsi Google Yang Jarang Digunakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa fungsi enjin carian Google yang kurang dikenali atau jarang digunakan.


Enjin carian Google merupakan sebuah enjin carian yang cukup hebat. Tidak hanya digunakan sebagai enjin carian sahaja,enjin carian Google meliputi tugasan harian. Mungkin terdapat perisian yang dapat dapat digunakan dengan mudah. Tapi,jangan pandang rendah dengan kehebatan yang Google miliki. Tidak usah berpanjang lebar menutur bicara. Kita teruskan kepada tujuan dan pembelajaran kita. Tapi sebelum itu,jangan anda terkejut beruk apabila terlihat sesuatu yang agak luarbiasa. Google Malaysia didominasi oleh blogger daripada Indonesia khusus dalam bidang teknologi informasi. Sayang,kita bukan ada sekatan internet. Internet di Malaysia masih boleh lagi dikategorikan sebagai bebas. Kita lihat statistik yang dikeluarkan oleh Google dengan kerjasama UITM rasanya. Memetik kata daripada laman Amanz.my menyatakan bahawa 18 Juta Orang Pengguna Rakyat Malaysia Kini Mengakses Internet

Adakah 18 juta pengguna ini hanya mengemaskini status di Facebook dan Twitter yang dijadikan sebagai diari elektronik. Jika anda miliki akaun Facebook. Anda masuk/turut serta dalam kumpulan Malaysia dan Antarabangsa. Sebagai contoh,anda serta dalam kumpulan yang berkongsi barangan cetak rompak (pirated). Jangan anda terkejut beruk sekiranya anda terlihat beberapa soalan "macam mana nak download video ni". Soalan apa ni? Lainlah jika soalan itu ditujukan ke laman sesawang Hulu. Boleh tahan lagi. Jadi,saya perlu hentikan penulisan di sini atau nama bersih OMG! Hackers? bakal dirosakkan oleh saya.

Google Sebagai Kalkulator.
Jika anda lihat. Google tidak hanya membekalkan kalkulator asas seperti +,-,/,^ tapi Google boleh dijadikan alternatif kepada kalkulator saintifik Casio.

Google Sebagai Penukar.
Anda tidak hanya dapat menukar. Anda juga turut dapat mengetahui peratusan turun naik matawang dunia. Anda juga boleh menukar suhu,panjang,berat dan lain-lain. Cuba,"fahrenheit to celcius" dari hasil carian tadi anda boleh dapat hasil carian bagi tukaran lain juga.

Google Sebagai Pencari Format Fail.
Kaedah ini memudahkan anda mengenali sesebuah format fail. Tidak kira format fail komputer dan sebagainya. Perkataan :pdf tersebut boleh digunakan untuk mencari dokumen dalam bentuk pdf. Lebih mesra dengan panggilan 'e-book'. Cuba,"Steve Jobs:pdf"

Google Sebagai Pencari Definisi Sesuatu Perkara.
Apa sahaja definisi yang anda inginkan. Jika,ada yang menulis akan perkara tersebut. InsyaAllah ada hasilnya. Mulakan dengan perkataan definisi,maksud,apa itu dan sebagainya.

Banyak lagi yang anda akan anda dapat sekiranya anda menggunakan teknologi dengan sebaiknya. Tambahan sedikit ilmu tentang Google [di sini].

p/s: Google dan penggodam memang cukup sinonim.

Selamat mencuba dan selamat menelaah.
Assalamualaikum.
Powered by Blogger.