Platform Blogging Terbaik Alternatif Blogger/WordPress

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Apa khabar anda semua? Harap sihat sejahtera.  Hari ini saya akan kongsikan beberapa tapak web yang dapat anda manfaatkan untuk menjadi seorang penulis alam maya (blogger).


Blogger dan WordPress merupakan platform yang amat popular dikalangan pengguna internet seluruh dunia. Dengan kemudahan,kecantikan dan sifat mesra pengguna menjadikan platform Blogger dan WordPress sering mendapat perhatian kepada mereka yang ingin mengembangkan perniagaan,penulisan peribadi dan juga dijadikan sebagia pusat ilmiah. Seiring dengan kemajuan teknologi,platform ini dikembangkan dan telah mewujudkan pelbagai pilihan kepada pengguna untuk memilih yang mana platform yang terbaik bagi mereka untuk mengembangkan bakat penulisan dan sebagainya. Secara kasar pengguna memilih platform Blogger mahupun WordPress ialah kerana sifat platform ini mesra SEO. Tapi,tidak mustahil platform lain tidak mesra SEO. Semuanya terletak kepada pengguna sendiri. Adakah dengan membina dan membiarkan blog anda tidak terurus akan menyebabkan blog anda dikunjungi ramai? Sudah tentu tidak! Anda perlu sentiasa mengemaskini penulisan,membuat beberapa tetapan dan pelbagai lagi hal yang perlu dititikberatkan oleh anda. Tanpa perlu berpanjang lebar lagi kita teruskan kepada tujuan kita.

1. tumblr.
tumblr. merupakan sebuah platform blogging yang ciri yang tersendiri. Kebanyakkan pengguna yang menggunakan tumblr. bertujuan untuk berkongsi gambar dan juga dijadikan sebagai blog peribadi. Jarang kita lihat pengguna menggunakan tumblr. sebagai blog perkongsian ilmu sama ada ilmu teknologi dan lain-lain. Sub-domain yang akan anda gunakan ialah [dot] tumblr [dot] com (.tumblr.com).

 2. MULTIPLY.

Pernah suatu ketika dahulu. Multiply cukup mendapat tempat di hati pengguna sehingga digelarkan Blogger nombor 2. Jika dahulu kita akan lihat banyak blog agama yang dibina di bawah platform Multiply ini. Apabila kemajuan teknologi semakin terasa maka,secara tidak langsung platform Multiply semakin dilupakan oleh pengguna. Sub-domain yang akan anda gunakan ialah [dot] multiply [dot] com (.multiply.com).

3. Blog.

Blog merupakan sebuah platform yang dibina di bawah platform WordPress.  Antara muka yang saling tidak tumpah seperti WordPress menyebabkan platform Blog memiliki pengguna yang tersendiri. Jika WordPress menggunakan warna kelabu-biru sebagai warna antara muka platform mereka. Blog pula menggunakan warna kelabu-hijau sebagai warna rasmi bagi platform mereka. Sub-domain yang akan anda gunakan ialah [dot] blog [dot] com (.blog.com). Satu nama domain yang ringkas dan terbaik.

4. LiVEJOURNAL.
LiVEJOURNAL merupakan sebuah platform yang dibina bertujuan untuk berkongsi tentang dunia hiburan. Jarang sekali kita melihat pengguna yang menggunakan platform LiVEJOURNAL berkongsi akan informasi teknologi dan sebagainya. LiVEJOURNAL juga boleh digunakan sebagai blog peribadi. Jika anda seorang yang gemar menulis tentang hal keperibadian,maka LiVEJOURNAL merupakan tempat yang terbaik selain beberapa platform yang serupa seperti platform tumblr. Sub-domain yang akan anda gunakan ialah [dot] livejournal [dot] com (.livejournal.com).

5. thoughts.
Platform thoughts merupakan sebuah platform yang lebih ke arah peribadi. Rata-rata pengguna yang menggunakan platform thoughts berkongsi sebuah artikel yang ringkas dan kadangkala berkongsi hal peribadi. Tiada banyak perkara yang boleh dilakukan dengan thoughts. Hanya sekadar blog perkongsian biasa. Sub-domain yang akan anda gunakan ialah [dot] thoughts [dot] com (.thoughts.com).

Terdapat pelbagai lagi pilihan yang ditawarkan di arena alam maya ini. Jika anda mahu melihat atau mencuba platform blogging lain,anda boleh melakukan carian Google. Setiap platform yang dibina memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi,jika digunakan secara berhemah,maka anda akan dapat sesuatu kenikmatan yang tak dijangka.

Sekian. Assalamualaikum.
Powered by Blogger.