Pulihkan Kata Laluan (Windows) Dengan Kon-Boot

Perhatian : Artikel ini ditulis bukan untuk mengajar anda menggodam, kerana penggodam 'sebenar' tidak menggunakan tools seperti ini (melainkan malas atau tak mahu susah berfikir?). Ia ditulis semata-mata untuk berkongsi kebaikan yang kita boleh dapat dari tools ini apabila tiba masa-masa mendesak seperti anda terlupa kata laluan dan sebagainya.

Apa Itu Kon-Boot?

Kon-Boot ialah:
Kon-Boot is an application which will silently bypass the authentication process of Windows based operating systems. Without overwriting your old password! Easy to use and excellent for tech repairs, data recovery and security audits. 
Commercial Kon-Boot version works with both 64-bit and 32-bit Microsoft Windows operating systems and also include privilege escalation and sticky keys feature.

Secara ringkasnya, Kon-Boot adalah tool yang mampu membantu anda memulihkan semula akaun Windows anda yang anda terlupa kata laluannya (sebagai contoh) tanpa perlu melibatkan pengetahuan teknikal yang 'berat'.

Ini adalah kerana Kon-Boot berfungsi secara automatik dengan melepasi skrin log masuk Windows tanpa perlu memasukkan kata laluan. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah rakam (burn) imej Kon-Boot ke dalam peranti USB dan ia siap untuk berkhidmat. Tool ini terdapat dalam dua  versi iaitu percuma (sokongan terhad) dan berbayar (lebih ciri dan sokongan juga 'lebih sedikit'. Biasa la.. marketing tu!).

Anda boleh dapatkan versi percuma di sini : Versi Percuma, klik dan boleh gunakan tanpa was-was

Versi berbayar pula ada di sini : Versi berbayar, klik dengan senyuman, bayar dengan duit!

Berikut adalah contoh video Kon-Boot sedang beraksi:


Powered by Blogger.