Spray Paint Art Paintings: Sebuah Seni Yang Menakjubkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan kepada anda sebuah artikel khas berkenaan "santai". Tapi,apabila anda melihat video mereka,kemungkinan tujuan santai tersebut tidak hadir dalam diri anda.


Spray Paint Art Paintings merupakan saluran pada laman penstriman video di Youtube yang menakjubkan. Anda perlu tonton sendiri untuk lihat bagaimana sebuah contengan boleh menjadi sebuah seni. Mereka hanya menggunakan 'spray' dan juga beberapa barangan lain yang kita berpendapat sebagai sampah. Jika dahulu saya pernah kongsi sebuah artikel tentang Rocket Jump yang dibintangi oleh saudara Freddiew. Video yang dihasilkan oleh beliau sungguh menarik. Dengan menggunakan teknologi yang terkini,seolah-olah perkara tersebut berlaku secara nyata.

Saluran Spray Paint Art Paintings merupakan sebuah saluran yang sudah lama dibina. Sumber daripada Youtube menyatakan sekitar tahun 2006 saluran ini dibina. Saluran ini berasal daripada Amerika Syarikat. Saluran ini juga menyediakan panduan yang dijual dengan harga yang agak tinggi. Jika anda ingin mempelajari seni ini,maka anda perlu mendapatkannya.

Seperti yang saya katakan di awal permulaan penulisan bahawa pada mulanya,seni ini seperti sebuah contengan. Tapi,di akhirnya kita akan dapat sebuah seni yang indah. Mereka juga bukan sekadar memuat naik video malah mereka juga menjual hasil mereka di jalanan. Tanpa membuang masa kita teruskan untuk melihat sejauh mana sebuah contengan boleh menjadi seni.


Dijual di jalanan. Betul ke dijual atau sekadar tontonan umum?


Lebih lagi di saluran mereka.
Selamat menonton.
Assalamualaikum.
Powered by Blogger.