Aktifkan Microsoft Office Menggunakan Microsoft Toolkit

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

   Saya ingin kongsikan dengan anda semua satu tool yang sangat bagus di cipta oleh seorang pembangun perisian di laman forum MydigitalLife.info. Nama perisian tersebut adalah Microsoft Toolkit yang menggunakan AutoKMS yang dipasang di dalam komputer kita untuk untuk pengaktifan KMS secara Offline.

   
   Perisian ini dahulunya dikenali sebagai "Office 2010 Toolkit or EZ-Activator". Ia boleh digunakan untuk pengaktifan Windows dan Office 2010 dan Office 2013 VL (Volume License) sahaja. Versi Retail hanya boleh diaktifkan sekiranya kita mempunyai retail key atau MAK key. Agak sukar untuk mendapatkan retail dan MAK key yang masih belum disenarai hitamkan (Blacklist). Disebabkan itu perisian ini diperlukan untuk menukar ISO atau fail pemasangan retail kepada Volume License bagi pengaktifan melalui KMS.

1. Muat turun perisian Office di sini : Link 
3. Selesai muat turun Office, buat satu folder dan extract fail ISO anda ke dalam folder tadi menggunakan perisian WinRAR atau PowerISO.
4. Jalankan Microsoft Toolkit dan klik logo Office. Pilih tab "Customize Setup" dan klik "Set Installer Path". Cari fail "Setup.exe" dalam folder tadi, klik open dan klik "Change Channel".

5. Tunggu sehingga proses penukaran selesai. Setelah itu anda boleh melakukan pemasangan Office tanpa perlu memasukkan product key.
6. Selepas siap melakukan pemasangan, buka toolkit semula dan pilih tab "Activation". Klik butang "EZ-Activator" dan tunggu sehingga proses selesai. Kemudian anda boleh periksa pengaktifan anda dengan menekan butang "Check" pula.


7. Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Pengaktifan akan diperbaharui setiap hari. Selamat mencuba.

Info:
Jika antivirus mengesan "AutoKMS.exe" sebagai virus, itu adalah "false-alarm". Anda perlu benarkan proses tersebut. Tiada virus di dalam tool ini seperti yang dinyatakan dalam forum mydigitallife.info. Jika anda tidak yakin, tiada paksaan untuk anda menggunakan tool ini. Sekian.

Powered by Blogger.