30 April 2013

Bagaimana Memaksimumkan Tetingkap Pada Lubuntu


By on 5:02 PM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Kali ini saya akan menulis artikel Lubuntu tentang panduan untuk memaksimumkan sesuatu tetingkap (window).


Sudah membaca tentang Ulasan Lubuntu 13.04? Berminat untuk mencubanya? Apa yang ditunggu lagi. Manfaatkan sepenuhnya kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada Lubuntu. Sekarang saya nyatakan mengapa saya menulis artikel tentang perkara ini. Apa yang telah saya rasa dan alami ialah kekurangan Lubuntu ialah Lubuntu tidak dapat mengingati saiz sesuatu tetingkap. Misalannya,pengurus fail PCManFM,beberapa aplikasi dan perisian. Ini agak menyukarkan saya untuk mencari butang pembesaran. Dalam pada saya menulis tentang perkara ini,saya kongsikan juga kaedah untuk mendapatkan butang padam,minimum dan maksimum. Kaedahnya ialah,klik butang Alt + Klik dan sorot tetikus anda di mana-mana bahagian. Contohnya:-

Percayakah anda bahawa apabila saya meminimumkan tetingkap perisian FlareGet,hasil yang begini akan saya dapat. Bingung rasanya. Tapi,dengan menggunakan kaedah tadi,kini perkara ini tidak menjadi masalah lagi kepada saya. Tidak perlu saya berpanjang lebar menulis tentang pengalaman saya sewaktu menggunakan Lubuntu. Kita terus sahaja kepada pembelajaran dan pengajian kita.

1. Buka aplikasi PCManFM dan tekan butan Ctrl + H.
Akan muncul beberapa folder dan fail yang tersembunyi.

2. Klik folder .config/openbox. Dalam folder openbox tadi,terdapat satu fail yang bernama lubuntu-rc.xml. Jika betul ikuti langkah seterusnya di bawah.

3. Klik Tools pada 'toolbar' dan pilih Open Current Folder as Root. Anda diminta untuk memasukkan kata laluan pengguna anda.

4. Selepas sahaja anda klik "Open Current Folder as Root" dan memasukkan kata laluan. Akan muncul satu tetingkap baru pengurus fail PCManFM (root). Klik kanan fail lubuntu-rc.xml dan pilih Leafpad. Sekiranya tiada,tetapkan pada Properties.

5. Selepas sahaja anda memilih untuk membuka fail menggunakan Leafpad. Muncul lah satu tetingkap Leafpad dengan pelbagai baris dan kalimat. Sorot bar tatal sehingga ke menjumpai perkataan dibawah. Biasanya di bahagian hujung bawah kiri. Mungkin akan berbeza sedikit. Buang simbol yang berwarna merah.
<!-- Maximize all normal windows when launched     <--    <application type="normal">      <maximized>true</maximized>    </application>    -->
6. Hasilnya akan kelihatan seperti ini.
   <!-- Maximize all normal windows when launched -->
    <application type="normal">
      <maximized>true</maximized>
    </application>
7. Tutup aplikasi Leafpad tadi dan simpan pembaharuan yang dilakukan. 

8. Buka aplikasi Terminal. Menu --> Accessories --> LXTerminal. Salin dan tampal baris di bawah. Tujuannya ialah untuk memeriksa sama ada terdapat kerosakan pada fail lubuntu-rc.xml. Sekiranya anda diberi amaran,sila periksa fail lubuntu-rc.xml semula.
openbox --reconfigure
9. Selesai sudah. Logout atau reboot jika perlu. Anda juga boleh menetapkan untuk beberapa perisian. Sila rujuk [di sini].

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih banyak tentang Lubuntu,klik [di sini] atau [di sini].

Selamat menelaah,selamat mencuba dan selamat menimba ilmu.

Assalamualaikum.

About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

0 comments :

Post a Comment