DFX Audio Enchancer 11.109: Tingkatkan Audio Anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah perisian yang mampu meningkat mutu audio pada sistem pengoperasian Windows anda.

Sebelum saya menulis lebih lanjut saudara Arya Putra pernah memberikan ulasan tentang perisian ini [di sini]. Saya terpanggil untuk menulis artikel ini dengan versi perisian yang terbaru dan memberikan sedikit ulasan tentang fungsi perisian dan ciri-ciri yang terdapat pada perisian ini dengan lebih mendalam.


DFX Audio Enchancer atau DFX merupakan perisian yang mampu meningkatkan kualiti audio pada sistem pengoperasian Windows anda. DFX menawarkan dua sistem perlesenan iaitu percuma dan berbayar. Perisian ini bukan sekadar digunakan untuk meningkatkan kelantangan sistem bunyi pada sistem pengoperasian Windows. Malah,perisian ini memiliki ciri-ciri untuk memperbaik sistem audio pada sistem pengoperasian Windows. Seringkali kita merasakan bahawa sistem bunyi pada komputer kita khusus apabila menggunakan sistem pengoperasian Windows agak perlahan,berbeza dengan sistem pengoperasian Linux (Ubuntu) yang mampu meningkatkan sistem bunyi sehingga ke 130%. Jadi,agak tidak seronok untuk kita mendengar sesuatu muzik atau untuk memahami suatu perbicaraan.

Seperti yang tertera pada halaman utama mereka mengatakan bahawa DFX tidak digunakan untuk meningkatkan sistem bunyi pada pemain media. Malah,DFX dapat juga meningkatkan sistem bunyi pada laman penstriman video seperti Youtube,Vimeo,DailyMotion dan pelbagai lagi laman penstriman video. Apa yang saya alami setelah menggunakan perisian DFX ini,apabila saya meningkatkan kelantangan melalui perisian ini saya dapati bahawa semua bunyi yang terdapat pada sistem pengoperasian Windows juga turut dipertingkatkan seperti bunyi "klik" apabila membuka sesuatu folder,bunyi notifikasi pada laman sosial Facebook dan lain-lain. Jadi,sekadar ini sahaja bicara saya tentang perisian DFX Audio Enchancer ini. Kita teruskan kepada ciri-ciri yang terdapat pada DFX ini.

Semua ujikaji di bawah ditetapkan pada tetapan Music Type I dan Head-phone pada kadar penuh (10) pada sesuatu ciri. Perubahan akan berlaku pada tetapan lain.

1. Fidelity (fideliti - Darjah ketetapan sesuatu rakaman yang dihasilkan semula).
Saya agak tidak faham akan ciri ini. Tapi,ciri ini lebih kepada menajamkan bunyi.

2. Ambience (Suasana).
Fungsi ini digunakan untuk meningkatkan lagi bunyi persekitaran. Apabila anda menghidupkan ciri ini anda akan dapati seperti anda berada dalam dewan yang kosong. Mewujudkan bunyi gema dan mengurangkan/memperlahankan suara.

3. 3D Surround Sound (Bunyi sekeliling).
Apabila anda menghidupkan ciri ini,bunyi yang akan anda dengar akan lebih sedap. Lebih terang meskipun anda tidak tetapkan pada tetapan Speech. Tidak sekadar percakapan,bunyi juga akan lebih terang.

4. Dynamic Boost.
Apabila anda mengaktifkan ciri ini tidak perlu saya katakan lagi,pembesar suara pun boleh pecah. Ya! Ciri ini dapat meningkatkan kelantangan audio,bunyi.

5. HyperBass.
Dapat meningkatkan bunyi daripada alat muzik seperti Bass (Audioslave - Like A Stone) dan bunyi Drum.

Anda perlu lakukan tetapan sendiri mengikut kemahuan anda. Anda tidak boleh menetapkan semua ciri pada kadar penuh atau audio anda akan kelihatan rosak. Jadi,tetapkan secara berhemah. Anda juga tidak boleh membiarkan sesuatu tetapan itu secara terus. Anda perlu ubah kepada pembesar suara (speaker) daripada head-phones. Anda juga tidak boleh mengekalkan tetapan terus pada Music Tupe I,Music Type II dan Speech.

Klik [di sini] untuk memuat turun DFX Audio Enchancer versi percuma.
Klik [di sini] untuk memuat turun DFX Audio Enchancer versi berbayar secara percuma.
(Salin crack pada C:/Program Files/DFX)


Selamat mencuba.
Assalamualaikum.
Powered by Blogger.