[OMG! Hackers? Giveaway] AOMEI Dynamic Disk Manager Pro

Salam.

Aktiviti Giveaway kembali lagi! Atas kesudian Cik Apple Bai Syarikat AOMEI menghubungi saya berkenaan dengan produk yang ingin beliau pasarkan, maka saya mendapat 10 lesen asli bagi produk AOMEI Dynamic Disk Manager Pro.

Imej dari Softpedia

Produk ini adalah sangat bagus dan sesuai untuk mereka yang ingin menguruskan partisi pada cakera keras dengan lebih eifisien. Ini adalah kerana terdapat pelbagai tools yang berguna didatangkan dalam satu pakej, semua-dalam-satu.

Ini termasuklah kerja-kerja memadam, menambah, menggabung mahupun mengubah saiz pada cakera keras. Tak perlu kemahiran yang tinggi, cukup sekadar sedikit logik akal membolehkan anda untuk mampu menguasai perisian ini.
Produk : Lesen Dynamic Disk Manager Pro bernilai $39USD setiap satu 
Jumlah lesen : 10  
Tarikh tutup : 22hb 04 2013  
Pemenang dipilih berdasarkan : Random.org
 Cara untuk memenangi perisian ini adalah mudah iaitu:

1. Langgani Feedburner blog ini di sini : Feedburner OMG! Hackers?

2. Ikut (follow) blog ini (tak wajib).

3. Komen melalui ruangan komen di bawah dengan menyatakan kenapa anda mahukan perisian ini, atau kenapa anda patut menang.

Ingat, tiada apa yang akan merugikan anda dengan menyertai Giveaway ini. Pemenang yang bertuah akan mendapat lesen asli dari Syarikat Aomei.

Kalau anda sudah sedia melanggan Feedburner blog ini, apa yang perlu anda lakukan ialah tuliskan komen anda di bawah. Itu sahaja.
Powered by Blogger.