27 April 2013

Panduan Memasang Google DNS Pada Linux


By on 11:40 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Baru-baru ini ada sahabat kita yang bertanya tentang perkara ini. Jadi,untuk memudahkan hari-hari kita bersama Linux. Maka,saya terpanggil untuk menulis akan panduan ini.


DNS atau Domain Name System merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk melepasi sekatan ISP. Dahulu heboh satu Malaysia dimana kerajaan telah menyekat beberapa laman yang melanggar hak cipta salah satunya ThePirateBay. Jadi,bermula dari situ kaedah menggunakan DNS untuk melepasi sekatan terus diwar-war dan digunapakai oleh setiap pengguna internet. Antara pembekal DNS yang biasa kita dengar ialah Google Public DNS dan OpenDNS. Dua penyedia DNS ini cukup masyur dalam kalangan pengguna internet dan OpenDNS lebih membekalkan tahap keselamatan yang tinggi berbanding Google DNS. Saya rasa semua sudah sedia maklum akan kelebihan dan kekurangan DNS. Jadi,usahlah saya maklumkan lagi. Kita teruskan sahaja kepada tugasan kita.

Setiap Linux yang memiliki antara muka pengguna grafik (graphical user interface - GUI) boleh menggunakan kaedah ini. Sepanjang saya menggunakan beberapa buah distro Linux. Inilah kaedah yang biasa saya gunakan tapi mungkin juga ada beberapa perbezaan pada distro lain. Untuk panduan kali ini saya menggunakan distro Lubuntu 13.04 yang baru sahaja selesai dipasang semalam.

1. Klik ikon sambungan internet anda dan pilih Edit. Untuk beberapa distro lain anda perlu klik kanan dan kemudian cari perkataan sunting (edit) atau perkataan yang sama maksud dengannya.
Atau anda boleh juga mencari aplikasi Network Connections pada Menu -> Preferences.

2. Satu tetingkap Network Connection akan terbuka. Kebiasaannya tetingkap seperti di bawah ini yang menjadi antara muka lalai. Pilih sambungan anda dan kemudian klik Edit.

3. Sebuah lagi tetingkap akan muncul.

  1. Klik IPv4 Settings.
  2. Ubah kepada Automatic (DHCP) addresses only.
  3. Taipkan Google Public DNS pada ruangan DNS servers (8.8.8.8, 8.8.4.4).
  4. Save.
  5. Mula balik (restart) sambungan internet anda.


Selesai sudah perbincangan kita. Nantikan beberapa artikel Linux lain yang bakal menyusul beberapa ketika nanti.

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

About Arya Putra a.k.a Dr. Freddy [Admin/Superuser of This Blog]

An enthusiast to the world of the unknown, death metal songs, blogging, motorcycles and have a lot of passion in IT.

0 comments :

Post a Comment