Perkara Perlu/Boleh Dilakukan Selepas Memasang Lubuntu 13.04

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selepas memasang Lubuntu untuk mengekalkan kestabilan dan kesempurnaan Lubuntu. Anda perlu melakukan beberapa perkara. Apakah perkara yang perlu dilakukan selepas memasang Lubuntu 13.04? Mari kita rujuk beberapa perkara yang perlu dilakukan.



1. Mengemaskini sistem operasi anda.
Selepas memasang sistem operasi Lubuntu 13.04,anda perlu mengemaskini sistem operasi anda untuk mengekalkan kestabilan.
Kaedahnya ialah,buka aplikasi Terminal dan masukkan baris perintah di bawah.
sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade
2. Memasang Lubuntu-Restricted-Extras. 
Lubuntu-Restricted-Extras merangkumi segala pakej perisian yang perlu anda pasang sekiranya anda ingin menggunakan fail yang pelbagai format seperti video,audio,flash. Rujuk [di sini].
Kaedahnya ialah,buka aplikasi Terminal dan masukkan baris perintah di bawah.
sudo apt-get install lubuntu-restricted-extras
3. Menghidupkan pemacu yang diperlukan. 
Ini biasa terjadi kepada saya. Saya perlu menghidupkan terlebih dahulu pemacu wireless sebelum dapat menggunakannya.
Kaedahnya ialah klik Menu,Preferences,Software & Updates.

4. Memasang VLC Media Player dan Firefox.
Ya! Jika anda gemar menggunakan pemutar media VLC dan belayar menggunakan Firefox. Inilah masanya untuk memasang perisian-perisian seperti ini. Tapi,setelah lama saya tidak menggunakan Chrome. Perasaan kembali minat kepada Chrome ini menjadi-jadi. Sejak menggunakan Lubuntu ini saya sudah kurang menggunakan Firefox. Entah bagaimana boleh berubah pula. Tapi,anda perlu memasang juga pelayar web Firefox untuk masa hadapan. Mungkin terdapat masalah pada Chrome. Jadi,sudah bersedia dengan alternatif yang baik.
Kaedahnya ialah buka aplikasi Terminal dan taip baris perintah dibawah.
sudo apt-get install vlc firefox
5.  Memasang pemuat turun uGet dan flareGet
Huh. Hidup tanpa 'download manager' memang tidak cukup sebagai pengguna internet yang juga "kaki download" seperti saya ini. Perkara pertama selepas memasang uGet saya terus cari artikel kompilasi Windows dan Microsoft Office karya saudara Dorsh. Fail .iso Windows 8 saya telah hilang  kemudian Windows 8 pula tengah rosak. Jadi,terpaksa muat turun untuk kali kedua. Saya masih memerlukan Windows untuk beberapa hal yang tak dapat dielakkan.
Tidak perlu fikir panjang. Ini kaedahnya,hanya muat turun fail yang diperlukan.
Klik [di sini] untuk memuat turun uget. Untuk flareGet pula anda boleh mengikuti kaedah yang ditunjukkan pada blog Ubuntu Arena [di sini].
7. Memasang pemuat turun Torrent Tixati dan Deluge.
Torrent memang makanan harian saya. Mendapatkan filem antarabangsa secara kurang sihat memang inilah kaedah yang paling sesuai. Pusat rujukan utama saya ialah Yify. Saya tidak biasa menggunakan Transmission jadi sebagai alternatif saya akan pasang Tixati dan Deluge.
Klik [di sini] untuk mendapatkan Tixati dan klik [di sini] untuk mendapatkan Deluge.
8. Memasang Geary perisian pembaca e-mel.
Saya agak tidak suka dengan pembaca e-mel Sylpheed. Jadi,sebagai alternatif Geary adalah yang terbaik. Anda boleh cuba menggunakan Thunderbird juga.
Rujuk pautan [di sini] tentang kaedah pemasangan Geary.
9. Memasang perisian pejabat Libre Office. 
Untuk anda yang memerlukan alternatif kepada Microsoft Office maka LibreOffice adalah yang terbaik. Memiliki fungsi yang lengkap dan mudah untuk digunakan membuatkan LibreOffice sebuah pilihan yang tepat. Seperti yang anda tahu juga bahawa Lubuntu hanya membekalkan Abiword - Word dan Gnumeric - Excel. Jika,anda mahu lebih lagi,maka anda wajib memasang LibreOffice.
Kaedahnya ialah buka aplikasi Synaptic Package Manager dan buatlah carian "libreoffice" pada ruangan carian.

10. Mengubah dan memperindah antara muka mengikut kemahuan anda.
Mengubah antara muka mengikut kemahuan anda perlu. Ini kerana sebahagian pengguna menginginkan rupa sistem pengoperasian yang cantik dan indah. Ada separuh orang inginkan perkara yang asas sahaja. Jadi,segalanya terpulang pada anda.
Kaedahnya ialah klik Menu,Preferences,Customize Look and Feel.

Kebanyakan perkara yang perlu dibuat ialah memasang perisian. Anda boleh memasang sebarang perisian lain yang mungkin dapat membantu anda melakukan tugasan seharian. Apa yang penting ialah anda perlu banyak melakukan carian pada Google untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Assalamualaikum.
Powered by Blogger.