Sembang Infografik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan menulis sebuah artikel tentang infografik.

Infografik merupakan sebuah kaedah yang digunakan untuk menjelaskan tentang sesuatu perkara dengan mudah. Infografik juga boleh diibaratkan sebagai peta minda. Pada zaman persekolahan dahulu. Saya juga disuruh akan guru yang mengajar agar menjadikan kaedah penjelasan sesuatu perkara melalui peta minda kerana tidak perlu untuk menulis panjang. Dengan cara seperti ini juga dapat meningkatkan kadar kefahaman tentang sesuatu perkara dengan lebih tinggi. Semasa di sekolah rendah kita dibekalkan oleh guru akan kertas berwarna-warni. Diajarkan oleh mereka akan kaedah peta minda ini. Kajian menunjukkan bahawa otak manusia lebih peka akan warna yang pelbagai seperti dalam iklan warna pada suatu ketika dahulu.

Infografik amat berguna kerana kajian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. Dua buah buku setahun itu memanglah satu kadar yang sedikit. Tapi,rakyat Malaysia lebih gemar membaca artikel pada akhbar,majalah dan pelbagai sumber bacaan lain. Apa yang lebih mengujakan saya ialah apabila mereka gemar membaca e-majalah,e-buku dan pelbagai lagi media elektronik yang lain. Meskipun rakyat Malaysia tidak membaca buku dalam rupa yang sebenar. Tapi,mereka berada dalam kategori "pembaca". Jadi,tidak salah jika kita tidak membaca buku,yang penting kita menuntut ilmu. Ilmu boleh dituntut dalam pelbagai cara. Dengan melihat,mendengar,merasa juga kita akan dapat hasil daripada kaedah tersebut. Tanpa perlu berbahasa basi mari kita lihat contoh infografik. Infografik ini berkenaan Youtube,salah satu laman web penstriman video yang hebat.

Rujuk pautan sumber untuk lihat hasilnya.
Harap maaf. Saya sudah besarkan tapi bila muat naik dia tak nak pula.


Sumber:- Jeffbullas.
Assalamualaikum.


Powered by Blogger.