28 April 2013

[Trik] Lesen Kaspersky Pure 180 Hari Dan Kaspersky Internet Security 90 Hari


By on 12:30 AM

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

   Entri saya kali ini masih lagi berkisar tentang produk Kaspersky. Tidak perlu diperkenalkan lagi, Kaspersky merupakan antara produk perisian keselamatan (Security Tools) terbaik di dunia buat masa ini. Saya ingin kongsikan kepada anda semua giveaway lesen Kaspersky Pure selama 180 hari bersamaan 6 bulan. Sebenarnya giveaway ini hanya untuk mereka yang menetap di UK, bukan Ulu Klang ataupun Ulu Kinta tetapi United Kingdom. Jadi untuk layak memohon lesen ini anda memerlukan proksi ataupun VPN yang menggunakan IP dari UK. Promosi sah sehingga 12 May 2013.

   Saya telah cuba memasuki laman giveaway menggunakan proksi, akan tetapi kebanyakkan proksi tersebut tidak dapat memasuki laman tersebut. Akhirnya saya cuba mencari VPN yang dapat mengakses laman tersebut menggunakan enjin carian Google dengan kata kunci "Free UK VPN". Terdapat banyak PPTP VPN percuma yang dijumpai. Saya telah menggunakan tiga daripadanya dan ketiga-tiganya berhasil memasuki laman web tersebut. Tiga daripada VPN tersebut ialah:
http://uk.newfreevpn.com/
http://www.bestukvpn.com/
http://www.getukvpn.com/ 
Selebihnya anda carilah sendiri... Ok, kita mulakan dengan langkah pertama..

1. Sambung komputer anda kepada VPN UK.
2. Pergi ke laman web ini:
http://promo.kaspersky.com/infosec2013
3. Jika proksi atau vpn itu sudah digunakan anda akan dapat mesej seperti ini, jangan risau, tuka saja ke vpn atau proksi yang lain.

Google Chrome
Mozilla Firefox
4. Jika sudah berjaya, masukkan butiran yang diperlukan seperti nama dan email.
5. Periksa e-mail anda untuk lesen yang telah di hantar.
6. Pergi ke laman web ini dan muat turun versi terbaru:
http://www.kaspersky.co.uk/pure-latest-versions
7. Pasang seperti biasa dan masukkan produk key yang diterima melalui e-mail tadi. Selesai..

Untuk Kaspersky Internet Security pula, anda ikut langkah di bawah:

1. Muat turun KIS versi 2012 (hanya untuk dapatkan lesen bukan untuk install yer):
kis2012_12.0.0.374aES_2483
2. Extract installer tersebut menggunakan 7-zip untuk mendapatkan lesen selama 90 hari ( 3 bulan ).


3. Muat turun KIS 2013 Offline Installer:
Kaspersky Internet Security 2013
4. Buka folder KIS 2012 yang telah di extract tadi, dan buka fail "setup.reg" dengan menggunakan notepad.


5. Pasang KIS 2013 dan masukkan key yang kita dapat dalam fail "setup.reg" tadi.. Selesai..

Sekian.. itu sahaja yang dapat saya kongsi kali ini... Selamat mencuba..

Update: Sila gunakan cara tersebut untuk reset semula masa percubaan produk Kaspersky anda >>> Kaspersky Trial Resetter

0 comments :

Post a Comment