Apakah Itu DIY?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel santai disamping dapat menambahkan informasi baru ke dalam minda anda.


Lama sungguh tidak menulis artikel berasaskan ilmu pengetahuan. Jika tidak silap saya artikel terakhir yang saya tulis ialah Apa Itu Easter Eggs? Jadi,hari ini saya kembali dengan sumber yang baharu iaitu diy. DIY ialah kependekkan daripada istilah Do-It Yourself atau dalam istilah Bahasa Melayu berbunyi anda lakukan sendiri,anda lakukan mengikut kemahuan atau kehendak sendiri. Tapi,saya lebih gemar menggunakan istilah "anda bina sendiri". DIY ini boleh diterjemah kepada dua bentuk iaitu menggunakan barangan terpakai ataupun mengeluarkan wang untuk membina sesuatu. Kebiasaannya DIY ini lebih murah berbanding sesuatu benda yang sudah siap kerana anda membina mengikut kemahuan anda. DIY juga boleh jadi sesuatu yang sudah siap sepenuhnya tapi anda jadikan benda itu separuh siap. Itulah Do-It Yourself.

DIY merangkumi segala aspek seperti perabot,aksesori,perhiasan,makanan,teknologi dan lain-lain. Oleh sebab blog ini mengambil teknologi sebagai dasar pembentukan maka kita akan fokus pada 'diy technology project'.

Bentuk dan rupa Raspberry Pi.
Anda kenal akan Raspberry Pi? Pada mulanya saya menyangka bahawa Raspberry Pi hanya digunakan sebagai komputer yang menjalankan sistem pengoperasian Linux padanya. Tapi,sangkaan saya terbukti salah kerana Raspberry Pi boleh melakukan sesuatu perkara yang lebih daripada itu. Raspberry Pi berasaskan 'ARM single-board computer ' yang bersaiz sebesar kad kredit. Raspberry Pi dibina di United Kingdom (UK) oleh Raspberry Pi Foundation dengan tujuan untuk mengajar tentang asas sains komputer di sekolah Terdapat dua model iaitu Model A dan Model B. Sudah tentu fungsi dan ciri-ciri Model B melebihi Model A. Raspberry Pi Model A berharga $25 (RM 75+) dan Model B $35 (RM 105+) Tanpa,membuang masa,mari kita lihat apa yang boleh dilakukan oleh Raspberry Pi.

1. Beetbox = Raspberry Pi dan Lobak Boleh Menghasilkan Alat Muzik.



Apa kata anda? Menarik bukan. Lebih menarik apabila anda menonton video tersebut. Dengan gelak ketawa dan rasa takjub daripada mereka. Saya juga berasa begitu. Anda bagaimana?

2. Bina Glass Anda Sendiri.



Apa yang boleh saya katakan ialah "Terbaik". Bagaimana mereka boleh terfikir untuk membina teknologi seperti ini? Ya! Memang wang menjadi aspek utama tapi perlu juga semangat,usaha dan idea yang bernas. Syabas saudara.

3. Bina Set Karaoke.



Percayakah anda bahawa barangan di atas ini dibina oleh pelajar daripada sebuah kolej di Malaysia? Jika anda tidak percaya,bacalah artikel pada pautan berkenaan dan disahkan oleh sahabat beliau. Percayakah anda bahawa barangan di atas ini dibina oleh wanita. Itu suatu yang menakjubkan. Tapi,mengapa mesti wanita. Apa-apa pun Tahniah saudari.

4. Bina 'Supercomputer'.



Adakah setaraf dengan Titan? Sudah tentu tidak. Tapi,ini adalah satu inovasi.

Tamat untuk projek teknologi khusus berkenaan Raspberry Pi. Kalau nak diikutkan banyak lagi teknologi yang dibina dengan Raspberry Pi ini. Anda boleh mencari pada enjin carian Google Malaysia untuk melihat idea mereka yang cukup bijak dan pelbagai. Kita beralih pula kepada pembinaan dan pembuatan yang lain pula. Untuk membaca hasil karya penulisan sahabat blogger yang lain dan melihat lebih lagi tentang 'supercomputer' ini,Google sahaja dengan kata kunci 'Creating a Raspberry Pi-Based Beowulf Cluster'.

1. Hadiah Untuk Ayah Anda.


Macam orang selalu kata "hadiah daripada hasil tangan lebih bernilai berbanding intan,emas dan permata". Jadi,bina sendiri menggunakan sebarang barangan terpakai. Kalau guna kertas berwarna,itu terlalu biasa. Jadi,bina yang rumit sedikit. Lagipun,inikan hadiah.

2. Alas Meja.



Alas meja? Kita nampak seperti biasa je. Campurkan warna,tampal,conteng jadilah alas meja menarik. Itu kata seorang jurutera berbeza dengan kata seorang artistik/artist/bohemian. Jika anda seorang jurutera maka yang dilihat oleh anda ialah kebolehan atau fungsi sesuatu itu. "Yang penting dapat digunakan,sudahlah".

3. Buku sebagai tempat duduk.



Cantik memang cantik,idea pun memang gempak. Tapi sayang,buku dijadikan tempat duduk. Yang ini tidak patut. Meskipun buku lama,tapi kandungan di dalamnya amat bernilai. Kalau dijadikan perhiasan pun tidak boleh juga sebab buku untuk dibaca bukan untuk dihias.

Sekian sahaja daripada saya. Yang mana baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Untuk mendapatkan lebih lagi idea menarik jangan lupa Google. Ilmu perlu dicari bukan menunggu dan terus menunggu. Maka,saya sudahi artikel kali ini dengan lafaz Alhamdulillah.

Assalamualaikum.
Powered by Blogger.