Bagaimana Menggunakan Office 2013 Pada Linux

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel tentang bagaimana kaedah untuk menggunakan Microsot Office 2013 pada Linux.

   Microsoft Office merupakan perisian pejabat yang termasyur dalam kalangan pengguna Windows. Baru-baru ini pihak Microsoft telah melepaskan versi stabil perisian Office 2013 kepada pengguna untuk mencubanya. Dan baru-baru ini juga kedengaran Office 2013 akan menyokong sistem pengoperasian Linux tidak lama lagi. Tetapi,sebenarnya anda boleh menggunakan Office 2013 pada sistem pengoperasian Linux secara percuma. Perkhidmatan ini tidak hanya menyokong sistem pengoperasian Linux memandangkan perkhidmatan ini bersifat 'web based'.

   Linux juga didatangkan dengan pelbagai variasi perisian pejabat seperti Libre Office,Open Office dan pelbagai lagi pilihan yang dapat menjadi alternatif kepada Microsoft Office. Tapi,kemungkinan terdapat segelintir pengguna baru yang masih belum mahir dengan selok-belok sistem pengoperasian Linux ini. Kadangkala,alasan untuk tidak menggunakan sistem pengoperasian Linux ini ialah kerana tiada sebarang sokongan untuk menggunakan perisian yang penting seperti Microsoft Office,Photoshop dan lain-lain. Meskipun terdapat alternatif yang sama baik. Namun,alasan seperti ini masih tetap digunakan di zaman kemudahan ini.

   Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan Office 2013 secara percuma anda mestilah memiliki sambungan internet yang bagus,komputer yang berspesifikasi tinggi dan akaun Outlook. Office 2013 ini adalah versi yang tidak lengkap. Banyak fungsi-fungsi yang tiada padanya. Hanya fungsi asas yang dimiliki oleh perkhidmatan ini. Sebab itu anda tidak boleh bergantung pada sebarang perisian yang dikhususkan untuk Windows atau MacOSX.  Inilah tujuan Linux dibina iaitu menjurus kepada menuntut ilmu. Kita perlu menuntut pelbagai ilmu hanya pada sistem pengoperasian Linux ini. Percayakah anda sekiranya anda menggunakan Linux,anda lebih menghargai sesuatu perkara. Berbeza dengan Windows yang memiliki pelbagai perisian alternatif. Linux tidak berapa ke arah itu. Meskipun pada Linux mempunyai pelbagai perisian yang sama. Anda pasti ingin pasang dan cuba aplikasi/perisian tersebut.

Apa yang perlu anda miliki untuk menggunakan perkhidmatan ini:-
1. Sambungan internet yang baik.
2. Komputer yang baik.
3. Akaun pelbagai Outlook.com

Langkah penggunaan.
1. Kunjungi pautan di sebelah [http://office.microsoft.com/en-us/web-apps/] Juga dikenali sebagai Office Web Apps
2. Log masuk menggunakan akaun Outlook anda.
3. Anda akan menerima antara muka seperti dibawah ini.
4. Pilih mana-mana aplikasi yang anda mahukan.


5. Anda akan dibawa ke akaun SkyDrive anda. Klik Create dan pilih aplikasi apa yang anda ingin gunakan. Contoh,Word document.


6. Berikan dokumen anda nama. Klik Create.
7. Dibawah ini terdapat beberapa antaramuka yang saling tidak tumpah seperti perisian pejabat Office 2013 yang sebenar.

Antara muka Word.
Antaramuka PowerPoint.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum.
Powered by Blogger.