Custom Hits: Tambahkan Pendapatan Adf.ly Dengan Pantas

Servis memendekkan pautan serta mampu menjana pendapatan melalui money making program yang ditawarkan Adf.ly memang sedang meningkat populariti-nya. Selain professional blogger, pemula pun nampak-nya sudah giat dalam hal ini. Berkongsi pelbagai perisian dalam pada masa yang sama, dapat menjana puluhan ringgit. Tak ke hebat dunia internet ni?

Tapi kita lupa, dalam sesebuah peningkatan pasti ada yang lebih baik. Kita pasti pernah dengar ads skipper yang mana ia membenarkan kita untuk melepasi servis ads tanpa perlu menekan apa-apa butang. Jadi agak susah untuk kita menjana pendapatan kalau takde siapa nak klik.


Haa, jangan berputus asa lagi. Servis Custom Hits ni pula mampu membantu kita. Dengan trik ini, kita akan bertukar-tukar pautan kita dengan orang lain. Penyudah-nya, kedua-dua pihak akan menerima kebaikan. Ini memang diluluskan oleh pihak yang berkuasa jadi tidak melibatkan sebarang bot mahu pun cacing-cacing internet.

Penggunaan Custom Hits

1) Pastikan anda mempunyai akaun Adf.ly yang sah. Daftar jika tiada: Adf.ly Registration

2) Pendekkan apa-apa pautan seperti pautan sesebuah laman web atau pun pautan untuk memuat turun.

3) Sekarang, pergi ke Custom Hits dan daftar akaun percuma.

4) Akaun di Custom Hits tidak perlukan pengesahan jadi terus sahaja log masuk ke akaun anda.

5) Pilih Add Link dan pilih Traffic Exchange. Masukkan pautan yang dipendekkan dan letak nama yang mampu menarik orang.




Selamat maju jaya! :)
Powered by Blogger.