Koleksi Laman Web E-Buku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan beberapa laman web untuk anda mendapatkan e-buku secara percuma.

"Membaca Jambatan Ilmu".

Kata mutiara di atas perlulah diterapkan di dalam diri setiap manusia yang bergelar pelajar. Siapakah manusia yang pelajar? Kita adalah pelajar. Meskipun kita sudah tidak belajar secara formal di sekolah atau pusat-pusat pengajian. Kita masih lagi bergelar seorang pelajar. Kita menghadiri ke majlis-majlis agama,menghadiri kuliah di masjid atau surah. Jadi,kita masih memerlukan ilmu. Sempena hari guru yang berlangsung dengan jayanya beberapa ketika yang lalu di seluruh pelusuk negara,saya yang juga sebagai seorang pelajar tidak mahu melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Guru,"Terima Kasih Cikgu".


Disamping itu,kita sebagai seorang pelajar mestilah menuntut ilmu. Meskipun tidak sampai ke menara gading,tapi kita perlu sentiasa menuntut ilmu. Tidak kisahlah ilmu tersebut ilmu dunia mahupun ilmu yang bermanfaat untuk akhirat.

Terdapat pelbagai kaedah untuk menuntut ilmu. Salah satunya ialah dengan membaca. Seiring kemajuan teknologi,kemudahan dalam menuntut ilmu semakin mudah. Hanya duduk dihadapan komputer,lakukan beberapa carian,muat turun atau baca secara langsung. Semuanya sudah dimudahkan. Tapi,sayang apabila perkara yang mudah masih tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kita masih bergantung dan terus bergantung sedangkan sumber ilmiah itu sudah ada. Cuma perlu dimanfaatkan kelebihannya. Anda ingin tahu satu rahsia tentang bangsa Melayu? Saya mendapat sumber ini daripada guru saya. Tapi,sebelum itu,saya bukan ingin timbulkan isu perkauman atau sebagainya. Tapi,ingin mengajak anda berfikir.

Mengapa bangsa Cina hebat? 
Bangsa Eropah cukup takut dengan bangsa Cina,kenapa?
Cuba anda fikirkan sejenak. Apa yang bangsa Cina tiada? Benda sekecil biji sawi pun mereka mampu menciptanya. Guru saya juga mengatakan bangsa Eropah hanya membenarkan orang Cina menginap di negara mereka sekitar tiga hari atau lebih sedikit. Tapi,bangsa Melayu mereka tidak kisah. Mereka sungguh risau takut bangsa Cina meniru hasil mereka. Kita lihat bukan sekadar barang kosmetik,perhiasan wanita,beg berjenama mereka mampu tiru. Bahkan teknologi juga mampu ditiru oleh mereka. Jika dahulu kita selalu katakan bahawa "Alah,barang made in China" Itu dahulu saudara. Sekarang tidak lagi. Barang mereka sungguh berkualiti.

Sekali baca keterangan dan penulisan di atas umpama tiada kaitan dengan ilmu. Tapi,anda perlu selami,dalami dan memahami. Sentiasa mendengar,sentiasa hadir. Cukup sampai di sini saya berbicara. Tibalah masa untuk saya menyenaraikan beberapa laman untuk memuat turun e-buku secara percuma. Laman di bawah diambil secara rawak daripada enjin carian Google Malaysia.

1. Free Ebook Download Links
2. FreeBookSpot
3. ManyBooks
4. GetFreeEbooks
5. FreeComputerBooks
6. BookBoon
7. FreeTechBooks
8. MemoWare
9. OnlineFreeEBooks
10. Obooko
11. BookChums
12. e4ebooks

Untuk lebih lagi. Anda boleh mencari laman-laman pembekal seperti di atas melalui enjin carian Google.
Selamat membaca.
Assalamualaikum.

Powered by Blogger.