Viber: Kini Hadir Dengan Versi Desktop


Jika anda salah seorang pengemar peranti Android, tentu sekali anda pernah mencuba aplikasi ini. Bagi sesiapa yang tidak pernah memasang atau pun mencuba aplikasi Viber, antara fungsi-nya ialah permesejan, menelefon, berkongsi gambar dan juga video.

Sama seperti servis pemesejan lain seperti Vodoo, Viber juga menetapkan syarat iaitu kedua-dua pihak mestilah mempunyai Viber dipasang pada mereka jika tidak, cas lebihan akan dikenakan bagi setiap saat.

Aplikasi menarik yang dilepaskan selepas kehadiran servis pemesejan nombor satu dunia iaitu Whatsapp, kini sudah mencecah 200 juta pengguna di seluruh 196+ negara pada akhir bulan pada tahun 2012. Pada tahun 2013 pula, Viber Media Inc. menambah lagi 8 bahasa menjadikan bilangan negara mengikut pengguna bertambah ke 204+ buah negara.

Viber versi Desktop ini memudahkan pengguna untuk merakam video atau berkongsi gambar. Mereka hanya perlu rakam dan file video tersebut akan berada di dalam directory tertentu. Skype, sebuah syarikat besar yang memudahkan kita untuk berhubung dengan orang lain kini mendapat tentangan hebat kerana hadirnya Viber versi Desktop ini.

Tak mau kata apa dah, anda semua patut memasang aplikasi ini pada komputer perseorangan mahu pun komputer riba anda.

Dapatkan Viber versi Desktop di pautan ini: Viber Dekstop Version
Powered by Blogger.