Antara Pemain Musik Terbaik Peranti iPhone

Mencari-cari aplikasi pemain musik terbaik bagi peranti Apple bukan mudah. Mana taknya, setiap aplikasi yang nampak gempak je pasti berbayar. Terus terpadam nawaitu untuk mencuba kan? Hahahaha!

Namun, jangan begitu mudah berputus asa, pasti yang kuasa ada jalan-nya kerana artikel kali ni akan saya tunjukkan beberapa aplikasi yang boleh dikira terbaik juga lah bagi pengguna peranti Apple. Ya, seperti biasa. Aplikasi-aplikasi ini tentunya ada yang berbayar dan ada juga percuma. Pilih lah yang anda rasa terbaik daripada segi antaramuka aplikasi tersebut, beats, bass dan sebagainya.

Spotify

Spotify mempunyai fungsi serba lengkap bagi mereka yang suka berkongsi musik. Mempunyai fungsi bina folder dan berkongsi dengan rakan anda melalui rangkaian sosial yang disediakan. Serta, butang 'shortcut' ringkas turut disediakan untuk memudahkan pencarian lagu kesukaan anda. Harga bagi aplikasi ini bernilai RM14.99/Bulan. 

Pandora

Aplikasi Pandora pula mampu memainkan lagu kesukaan anda sambil menunjukkan lirik lagu tersebut. Apa yang perlu anda buat? Menyanyi sajalah!

Last.FM

Haa Last.FM ni sememangnya gempak bagi sy. Terdapat pada pelbagai peranti termasuk Windows Phone. Carian lagu terbaru sememangnya berguna jika digunakan pada aplikasi ini. Senaraikan lagu kesukaan dan yaa, nyanyi saja. Setiap kali buka, lagu kesukaan anda akan berada di bahagian atas sekali. Harga? Ianya percuma!

TuneIn Radio

Bukan radio biasa seperti mana yang percuma di pasaran. Radiotime juga mampu memainkan lagu kesukaan anda (walaupun ia dibina khas untuk radio). Malah, fungsi rakam live streaming juga disediakan. 

Sound Cloud

Sound Cloud bukan saja terdapat pada peranti Android, malah terdapat juga pada peranti keluaran Apple. Cari musik kegemaran anda. Remix, Dubstep dan sebagainya diutamakan.

Spinlet

Pada sy, aplikasi ini tak begitu menarik daripada segi antaramuka-nya. Sangat ringkas. Mungkin sedikit ringan lah kan? Hehehe.. Apa yang bagus pada aplikasi ini ialah ia mempunyai simpanan berbentuk awan. Jika anda mempunyai simpanan awan juga pada peranti lain, akan jadi lebih mudah untuk anda memuat turun lagu kegemaran anda. 

LaDiDa

Haa! LaDiDa bukan saja bagus daripada segi antara muka malah mempunyai fungsi yang bukan mudah untuk ada dalam aplikasi musik lain. Kelebihan? Putarkan lagu, dan mampu mengubah suara sedap anda kepada lebih menarik dan sedap untuk di dengar. Anda boleh lihat bagaimana aplikasi ini berfungsi di pautan ini: LaDiDa In Action!

Bayar, bayar, bayar! *ketawa sinis*
Powered by Blogger.