Apakah Itu Indie Games?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya kongsikan kepada anda sebuah artikel santai berpengetahuan untuk menjadi bahan bacaan harian anda.

Anda biasa mendengar perkataan indie? Anda letak tepi dahulu tentang 'Indie Band/Genre'. Kita fokus kepada 'Indie Games'. Semua orang gemar akan permainan terutama permainan video. Setiap hari kita akan disajikan dengan permainan video baru. Sejak kebelakangan ini permainan video menjadi hiburan kepada kita. Seiring dengan kemajuan teknologi,permainan video menjadi alternatif hiburan kepada semua lapisan umur khusus kepada kanak-kanak. Zaman kanak-kanak sekarang berbeza dengan zaman kita dahulu dimana untuk mendapatkan sesuatu barangan atau permainan wajib menangis. Malah,menangis pun belum tentu dapat. Bila tidak dapat alamatnya teng-teng (tip-top),batu seremban,ceper (tutup botol) dan lain-lain akan menjadi hiburan dan penenang jiwa yang sedang berduka. Ah! Ini semua nostalgia. Usah kita mengimbau kenangan silam,silap hari bulan dengan umur yang tidak mengizinkan,kita main kembali permainan-permainan ini.

'Independent video games' atau 'indie games' merupakan permainan video yang dibina oleh seorang individu atau sebuah komuniti yang kecil tanpa melibatkan sebarang sokongan kewangan daripada penerbit permainan video. Kebiasaannya kita akan dapat lihat aplikasi derma/bantuan/dana diletakkan pada laman web mereka. Ini bertujuan untuk dapatkan sedikit bantuan berbentuk kewangan daripada anda. Mungkin dengan bantuan yang anda sumbangkan maka mereka boleh membina permainan yang lebih bagus dan menyeronokkan. Kebanyakannya kita boleh melihat hasil mereka pada laman Kickstarter,Indiegogo dan lain-lain.

Koleksi laman web permainan video Indie percuma.

1. GAMEJOLT (This Is Indie).
Muat turun dan dapatkan berita terkini tentang sesuatu permainan video indie.




2. the Free Bundle (Handpicked Free Indie Games you may have missed. All awesome, all free.)
Dapatkan permainan video indie yang menarik secara bundle (berkas/kumpulan). 
3. FREE INDIE GAMES.
Dapatkan permainan video indie dengan mudah dan cepat. 
Kesemua laman web di atas diambil daripada Google Malaysia. Terdapat berpuluh,beratus mahupun beribu laman web yang menawarkan permainan video indie untuk anda dapatkan secara mudah. Jadi,usahakan untuk mendapatkannya.
Powered by Blogger.