Apakah Itu Nettop?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Bertemu lagi kita dalam penulisan berasaskan pengetahuan untuk menambah dan meningkatkan pengetahuan kita tentang teknologi. Kali ini saya akan kongsikan pula artikel tentang Nettop.


Anda biasa dengan perkataan Net dan Top? Perkataan-perkataan seperti ini cukup sinonim dengan perkakasan dan alam maya. Jadi,apakah itu Nettop? Nettop merupakan perkakasan yang dibina bertujuan untuk melakukan tugasan-tugasan harian seperti merayau/belayar/meluncur di alam maya.  Dalam erti kata lain 'surfing'. Nettop juga digunakan untuk menonton video,membuat dokumen dan lain-lain. Perkakasan yang hampir sama seperti Nettop ialah komputer riba mini atau Netbook. Perkataan Nettop ialah kata lakur/portmanteau/gabungan kata daripada perkataan Internet dan Desktop.

Memetik kata daripada Wikipedia. Nettop bukan sekadar bersaiz kecil dan murah. Malah penggunaan sumber juga adalah kurang. Ini akan menjimatkan penggunaan sumber tenaga elektrik dan dapatlah kita mengurangkan impak atas penggunaan sumber elektrik yang tinggi. Saya tidak pernah memiliki Nettop. Jadi,jika ditanya akan pengalaman sewaktu menggunakan Nettop,maka saya tidak dapat menjelaskannya. Tapi,saya terpanggil untuk menulis atas dasar perkongsian pengetahuan.

Hasil daripada pembacaan dan penelitian saya. Saya dapati bahawa tidak banyak Nettop yang tersedia untuk memainkan permainan video. Sebab itu saya mengambil Netbook sebagai contoh yang paling dekat dengan Nettop. Apa yang saya perhatikan kedua-dua perkasasan ini kebanyakkannya menggunakan cip pemproses Intel Atom. Tapi,dengan kemajuan teknologi yang semakin meningkat dapat saya tafsirkan Nettop sudah dibangunkan dengan teknologi terkini. Antaranya ialah perkakasan daripada pengeluar Zotac. Terdetik juga untuk saya menulis akan Nettop ini apabila saya terpandang akan dua perkakasan Chromebox dan Mac Mini sewaktu belayar mencari idea untuk penulisan di OMG! Hackers.

Akhir kata,jangan anda tersilap pilih antara Nettop dan NetTop,kelak sengsara hidup. Untuk melihat pelbagai lagi perkakasan Nettop anda boleh lakukan carian Google Malaysia dan Youtube.

Assalamualaikum.
Powered by Blogger.