Linux Mint 15 Olivia (Cinnamon): The Arch True Rival!

Sebelum saya mulakan review hari ini, apa kata anda klik like pada page FB rasmi OMG! Hackers? di sini : OMG Hackers Official

Kualiti yang sangat bagus, sangat pantas, dan dibina ke arah kesempurnaan.

Itulah yang mampu saya katakan mengenai distro berasaskan Ubuntu ini. Saya telah mencuba pelbagai distro sejak mula memasang Windows 8 pada laptop Lenovo G480 yang baru saya gunakan dengan tujuan mencari 'keserasian'.

Paparan default desktop Linux Mint 15 Olivia Cinnamon

Dari distro berasaskan Arch Linux, beralih kepada Debian dan kemudian beberapa lagi distro yang saya rasakan tidak 'serasi' apabila pelbagai halangan dan 'rintangan' yang berlaku semasa live USB sedang berlangsung.

Sasaran saya kali ini ialah ingin mencari distro 'out-of-the-box', iaitu yang mampu terus melakukan tugas-tugas harian sebaik sahaja siap dipasang. Itulah yang saya temui pada Linux Mint 15 dengan kod nama 'Olivia'.

Antara perkara/ciri yang saya suka mengenai Linux Mint 15 ini ialah:

1. Artwork/Visual/Wallpaper

Ini ialah satu daripada ciri Linux Mint 15 yang boleh dikatakan lebih baik berbanding Ubuntu 13.04. Selain paparan desktop yang lebih menarik (yeahhh, beauty is in the eyes of the beholder..), set wallpaper yang telah disediakan adalah begitu memuaskan hati.


2. Software Sources

Seperti yang telah dikatakan mengenai pembaharuan visual pada paparan antaramuka desktop, aplikasi/perisian/tool juga tidak terkecuali. Antaranya ialah Software Sources, yang mana ia mengumpulkan beberapa fungsi semua dalam satu seperti pemilihan mirrorlist, penambahan/penyuntingan PPA, repo dan lain-lain lagi.


Sebut mengenai pemilihan mirror, ia menyediakan speed-test terbina dalaman untuk memudahkan pengguna memilih sendiri mirror yang terpantas. Terbaikkk..


3. System Settings (Control Center)

System Settings dalam Linux Mint 15 Cinnamon ini boleh dikatakan lengkap serba-serbi. Ada dua mode yang boleh dipilih iaitu Normal dan juga Advance. Jadi kalau sebut mengenai 'kawalan penuh' kepada pengguna, disinilah Ubuntu kalah kepada distro seperti Linux Mint (hadapi saja kenyataan, Unity launcher dari versi 11.04 sehinggalah 13.04 masih tidak boleh diubah kedudukannya! Ini baru satu contoh!).


Baiklah. Saya tidak mahu bercerita panjang kerana Linux Mint 15 ini telah direviu oleh blog-blog terkemuka. Namun dari apa yang dapat saya simpulkan, Linux Mint 15 adalah saingan tegar kepada Arch Linux. Ubuntu sememangnya sudah jauh tersasar dari liga.

Selama saya menggunakannya, belum ada lagi rasa tidak puas hati (kecuali ia bukan bersifat bleeding edge seperti Arch Linux). Tetapi, untuk itu saya akan cuba skrip Bleeding Edge yang dicipta khas untuk Ubuntu/distro terbitan darinya.

Linux Mint juga tidak mempunyai masalah untuk terus 'mengesan' dan menggunakan mana-mana sumber internet yang ada, serta tidak ada masalah dengan keyboard, tidak seperti distro-distro lain yang telah saya cuba, pasti salah satu atau kedua-dua masalah ini akan berlaku.

Jadi jangan tunggu lagi, muat turun Linux Mint 15 dari pautan berikut : Linux Mint 15


Powered by Blogger.