Manjaro Linux 0.8.6: Arch At Its Best!

Pernah suatu ketika dulu saya menulis sedikit reviu tentang distro yang digelar dengan nama Manjaro Linux ini. Namun ketika itu saya masih baru lagi mengenali distro ini. Setelah lama 'bergelumang' dengan dunia Arch Linux, saya cuba memberi peluang kepada distro ini sekali lagi setelah versi 0.8.6 baru saja dilepaskan beberapa hari yang lalu (tak sia-sia saya buka distrowatch).

Paparan default desktop Manjaro Linux 0.8.6

Saya pernah mencuba versi 0.8.5, namun malangnya ia tidak berjalan dengan baik kerana beberapa masalah yang bersangkut-paut dengan keyboard. Jadi saya tangguhkan dahulu hajat untuk memasangnya kerana saya tidak punya masa yang banyak untuk diluangkan dengan masalah-masalah distro.

Jadi setelah keluarnya versi 0.8.6, saya terus muat turun dan tanpa ragu terus mencubanya pada PC separuh abad di pejabat ini. Apa yang boleh saya katakan, Manjaro Linux adalah versi 'Linux Mint 15' kepada Arch Linux.

Dalam erti kata yang lain, Manjaro Linux kali ini adalah lebih stabil, lebih pantas, dan berfungsi secara terus dari luar kotak. Kalau sebut tentang aplikasi/perisian, ia punya segala yang anda perlukan untuk menyiapkan kerja-kerja harian mahupun untuk bersantai mendengar lagu atau menonton video.

Jika disebut tentang masalah, setakat ini satu masalah yang saya hadapi ialah kekurangan memori untuk terus memasangnya pada laptop. Yeah! Manjaro Linux 0.8.6 (XFCE) yang saya cuba kali ini boleh dikatakan bebas masalah. Sekarang saya cuma perlukan sedikit lebih masa untuk menerokainya, dan mengkaji apa lagi yang boleh dilakukan oleh distro ini.

Kalau anda berada dalam situasi saya, dimana anda tak punya banyak masa untuk 'menelaah' distro seperti Arch, tetapi dalam waktu yang sama mahukan sebuah distro Arch Linux yang terbaik, bebas masalah, pantas dan super-duper lengkap, maka Manjaro Linux adalah jawapannya.

Sekarang saya sudah punyai 2 distro sebagai pilihan 'daily driver' iaitu Linux Mint 15 (Cinnamon) dan juga Manjaro Linux (XFCE).

Berikut adalah paparan beberapa perisian/aplikasi default yang tersedia dalam Manjaro Linux 0.8.6:

VLC untuk memainkan video

GIMP bagi peminat penyuntingan gambar

Thunar File Manager

Xnoise: Mainkan muzik

Terminal: Tak lengkap dan tak siap kerja tanpanya

Libre Office Writer: Pengganti Microsoft Office Word

Seleksi wallpaper terbaik

Muat turun Manjaro Linux 0.8.6 sekarang!

Manjaro 0.8.6 Got Unleashed!

Download Manjaro Linux 0.8.6

Powered by Blogger.