Neutron Music Player - Pemain Muzik Android Khas Untuk Audiophiles!

Eargasm!

Hahaha! Itu adalah perkataan pertama yang keluar dari kepala saya yang sekian lama terbuku hendak menulis kembali di blog setelah sekian lama 'memeram' idea akibat kesuntukan masa di pejabat dan di rumah yang tak sempat-sempat berebutkan saya.
Errr.. hehehe..

Ya. Neutron Music Player ialah satu-satunya pemain muzik untuk Android yang berjaya memuaskan hati saya setelah puas saya mencuba kesemuanya. Berikut saya paparkan beberapa paparan skrin Neutron Music Player, eksklusif diambil dari henfon saya. Heheh.. :






Harganya setelah ditukarkan kepada mata wang Ringgit Malaysia boleh dikatakan agak mahal untuk sebuah aplikasi pemain muzik, namun jika anda benar-benar peminat muzik seperti saya, harga bukan soalnya. Soalnya ada atau tidak fail 'apk latest version' Neutron Music Player ini di 'Google' sana? Tiada? Kalau tiada kenalah beli kan? Ehh.. lain macam je cadangan ni. Hehehe..

Wow. Cukuplah saya trolling. Saya hendak bercerita sedikit mengenai Neutron Music Player ini. Menyentuh mengenai paparan antaramukanya, saya akui ia sedikit 'intimidating' walaupun anda adalah 'advance user'. Berselirat! Di sana sini ada tetapan yang pelbagai.

Tetapi setelah beberapa kali anda godek dan godam di sana dan di sini, ternyata ia boleh dijinakkan. Heh.. kenapa saya katakan ia merupakan pemain muzik Android sebenar untuk para Audiophiles? Apakah ciri yang boleh digodek dan digodam para pencinta muzik?

Ciri yang hebat sudah semestinya bunyi! Neutron Music Player menyokong 32/64-bit audio processing yang membantu kepada pengeluaran bunyi berdefinisi tinggi. Ditambah dengan audio gears terbaik di pasaran, contohnya seperti yang saya gunakan iaitu Noontec Zoro, output-nya adalah punca kepada ultimate eargasm! Hahah!

Berikut adalah sedikit tetapan yang ingin saya kongsikan untuk anda:
In the settings:
  • Enable 64 Bit rendering
  • Audio Hardware - Disable generic Driver
In the Control screen (one with 4 EQ sliders)
  • Tap PREAMP button and slide down to about 1/4 - most important bit!. This lowers the volume output ALOT but lets you add WAAY more bass via EQ. I suggest adjusting this with your hardware volume on max - that way you are tuning your Loudest acceptable level for your headphones/ears.
  • Once thats done (tap PREAMP again to disable) then tap EQ.
  • Adjust the left hand 2 sliders up to get the cleanest bass you can at the PREAMP/Volume combo you have set.
  • Done.

Amacam? Ada rasa terachon tak? Heheh..

Powered by Blogger.