[Quick Update] Penggunaan Memori Linux Deepin 12.12

Sudah baca artikel reviu saya mengenai Linux Deepin 12.12 beberapa hari yang lalu?
Adakah anda tertanya-tanya berapa banyakkah penggunaan RAM pada sistem operasi ini?
Mari kita lihat pada paparan skrin di bawah:


Gambar di atas adalah ketika Google Chrome dibuka, sebanyak 13 tab, 3 daripadanya ialah laman Youtube, dan satu darinya pula ialah laman Airdroid, Linux Deepin mencatatkan penggunaan memori sebanyak 1.5GB.

Berikut adalah paparan skrin penggunaan memori ketika baru lepas log masuk:


Penggunaan memori pada Linux Deepin 12.12 mungkin lebih sedikit dari Lubuntu 13.04, namun harus diingat Lubuntu menggunakan LXDE, manakala Linux Deepin pula menggunakan Deepin Desktop Environment (DDE) dan ia juga mempunyai window manager deepin-compiz.

Jadi penggunaan memori pada Linux Deepin 12.12 boleh dikatakan agak bagus, dan jika ditanya adakah ia sesuai untuk PC-PC lama, saya simpulkan sebagai 'mungkin'. Anda harus cuba terlebih dahulu, dan sebarang maklum balas dari anda selaku pengguna adalah sangat dihargai.

Apapun saya tetap mengesyorkan Linux Deepin 12.12 kepada pengguna baru Linux. Selamat datang semua!

Powered by Blogger.