[ Review ] iOS 7, Generasi Baru iOS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Maaf kerana lama menghilang, kerana ada kerja2 yang perlu disiapkan :(
Tambahan banyak pekara2 yang saya hendak kongsikan pada anda semua.
Meskipun pekara itu lama atau sudah berlalu seminggu dua, harap dapat melepaskan rindu pada OMG! Hackers? ini >.<

Let's begin with this topic,
Sudahkah anda lihat video WWDC 2013Worldwide Developers Conference ) dari Apple?
Jika tidak sila klik di situ > Apple WWDC 2013

Ia dikenali sebagai iOS 7, generasi baru iOS selepas daripada iOS 6.
Ini gambar baru icon iOS 7


klik untuk lebih jelas

Khabar angin mengatakan bahawa Apple akan tukar UIUser interface ) kepada flat icon adalah benar. Tak semua, tetapi ada sedikit2 nak sama macam JellyBean or Ice Cream Sandwish ( jika pengguna Android lihat features baru ini, akan perasan di bar volume, glow icon dan lain2 )

Terdapat 12 ciri - ciri baru yang dimasukkan dalam iOS 7 ini, antaranya ialah :

  • Control Center
  • Notification Center
  • Multitasking
  • Camera
  • Photo
  • AirDrop
  • Safari
  • iTunes Radio
  • Siri
  • App Store
  • Find My iPhone
  • iOS in the Car
Mari saya mulakan dengan satu persatu.



Apple telah mengasingkan Notification Center dengan Control Center ( tidak perlu pakai NC dah rasanya :P ). Tidak seperti Android di mana Notification dan Control Setting berada dalam satu tempat ( Sony bahagian atas, jika custom ROM seperti CyanogenMod 10 lain >.< ). Cara gunanya, hanya perlu swipe dari bawah screen ke atas untuk guna Control Center tersebut.

Bukan itu sahaja, Control Center boleh digunakan dimana2 sahaja, meskipun pada Lock Screen :D. Ia mudah digunakan dan transparent! Anda boleh lihat wallpaper tetapi blur2 sedikitlah. Ini contoh gambar Control Center pada iOS 7


klik untuk lihat lebih jelas

berbeza dengan Android, ini gambarnya 


klik untuk lebih jelas




Kemudian Notification Center. Ia terdapat notification mengenai today, all dan missed. Jika anda pilih today, ia akan beritahu anda apa yang berlaku hari ni. Seperti email anda, birthday rakan facebook anda, cuaca dan lain2 lagi. Jika anda tekan All, ia menyenaraikan notification anda dalam gambaran list dan detail dan jika anda tekan missed, ia akan beritahu anda, apa yang anda terlepas, tidak baca email dan lain2. 

Bukan itu sahaja, malah anda boleh gunakan Notification Center di Lock Screen! Hanya perlu swipe atas screen ke bawah, dan guna. Ini contoh gambar.


klik untuk lebih jelas

Sebelah kiri ialah Lock Screen iOS 7 on iPhone 5 dan disebelah kanan itulah Notification Center. Cantik dan simple kan? :D





Seterusnya ialah Multitasking. Jika anda guna iOS 6, mesti bosan kan, ( jika anda tidak pakai Auxo :P ), perlu tutup satu2 aplikasi dan tiada shortcuts setting untuk tutup/buka wifi/bluetooth kan? Untuk buka wifi mengambil masa 2 saat ==". Ini contoh multitasking iOS 6.


klik untuk lebih jelas

Jadi selamat tinggal multitasking iOS 6, kerana iOS 7 lebih menarik!, ia hampir serupa dengan Auxo, kerana ada preview aplikasi! dan banyak lagi kelebihannya :P. Ini gambarnya.


klik untuk lebih jelas




Apple telah mengubah suai dan menambahbaikkan aplikasi kamera mereka. Kini terdapat filters untuk anda pilih sebelum anda tangkap gambar! Filtersnya ialah Mono, Tonal, Noir, Fade, None, Chrome, Process, Transfer, Instant. Terdapat Video, Gambar, Panorama, dan Gambar Petak di screen anda. Hanya perlu sentuh sahaja, tidak perlu untuk tekan options :D. Menarik bukan? Ini gambarnya.


klik untuk lebih jelas




Salah satu ciri tambahan yang terdapat dalam iOS 7 yang gempak ialah Photo. iOS 7 secara automatiknya akan simpan lokasi anda ambik gambar ( jika tak usik location servis :P ) sekiranya anda terlupa dimana anda ambil gambar tersebut dan groupkan gambar anda mengikut collections, tahun dan juga moments serta lain2. Malah anda boleh zoom out untuk lihat keseluruhan album gambar anda! Serta iCloud Photo Sharing juga boleh share gambar dengan pengguna iDevices yang lain serta support video! Ini contoh gambar


klik untuk lebih jelas




AirDrop ialah salah satu ciri baru yang terdapat dalam iOS 7. Fungsi seperti Bluetooth, nampak sama tapi bukan dia :P. Fungsinya untuk share gambar pada rakan2 anda yang ada berhampiran dengan anda, jadi anda tidak perlu pergi dekat kawan anda, infrared, dan send gambar padanya. Boleh hantar gambar, dokumen dan lain2. Guna Wifi boleh, Bluetooth pun boleh, ikut keselesaan anda.  


klik untuk lebih jelas




Safari juga tidak ketinggalan dalam iOS 7 ini. Terdapat unified smart search, new tab view, dan shared link serta reading list. Unified Smart Search ini jika anda scroll bawah, secara automatik ia akan mengecil dan jika anda search sesuatu, ia akan sendiri cadangkan website mana anda cari serta cadangan dari google ( suggestion kalau dalam english >.< ). New tab view dalam iOS 7 sangat menarik kerana ia seperti kita cari file banyak2 dalam laci ( macam cerita English yang selak file koko dalam laci tu. hehehe ). 

Shared link ialah anda boleh buka link yang rakan2 anda kongsikan dalam Twitter, malah anda boleh retweet semula share mereka. Yang terakhir bagi ciri2 tambahan dalam safari ialah Reading list. Jika anda mahu pergi ke artikel seterusnya, hanya perlu swipe ke bawah, secara tersendirinya ia akan tukarkan artikel untuk anda :D 

Apple dengan ini kenalkan ciri yang terbaru iaitu iCloud Keychain. Ciri2 ini amat berguna jika anda terlupa kata laluan, ataupun tidak tahu nak letak password apa, serta malas nak isi form2 di internet, ciri ini boleh bantu anda. Segala maklumat yang anda isikan itu, secara automatik akan simpan dalam iCloud anda. Ini contoh gambar


klik untuk lebih jelas




iTunes Radio, pertama kalinya dalam iOS 7, iaitu streaming radio station. Anda boleh pilih station radio yang mana anda suka, ataupun anda boleh create sendiri :D. Terdapat 200 genre-based station untuk anda pilih! tetapi malang sekali hanya untuk U.S :(, kemungkinan Malaysia akan dapat features ini, tetapi lambat rasanya T.T. Ini contoh gambarnya dan klik sana untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya > iTunes Radio


klik untuk lebih jelas




Siri pada iOS 7 telah dikemaskinikan, malah UI beliau agak cantik dan anda boleh tanya banyak soalan dekat Siri ni ( soalan2 yang logik lah. hahaha :P ). Kini, dalam iOS 7, Siri boleh dipilih jantinanya. Wow!, anda boleh pilih suara lelaki ataupun perempuan :P. Tiada lagi logo Mic yang bernyala warna purple, kini ia ada garisan2 beralun jika kita bercakap dengan Siri. Menarik bukan? 

Jika dekat iOS 6, anda tanya maklumat, Siri akan buka Safari untuk beritahu maklumat pada anda, kini iOS 7, anda bermula dengan Siri, stay dengan Siri :D, even maklumat dari Bing sekalipun :3. Bukan itu sahaja, Siri juga boleh buat pencarian di Wikipedia untuk menjawab soalan kita serta mencari post di Twitter juga! Ini contoh gambar.


klik untuk lebih jelas




App Store juga menerima sentuhan baru, bukan pada UI dalamannya, tetapi cara update apps tersebut. Jika iOS 6, anda ada nampak badge yang agak menyemak juga naik 1, 2 atau 3 aplikasi yang perlu dikemaskinikan. Kini tidak lagi, App Store akan update secara automatik aplikasi tersebut semasa iDevices anda idle mahupun sedang guna. Malah ia boleh mencari aplikasi mengikut umur. :D

App Store juga ada ciri baru, iaitu Apps Near Me. Ia akan senaraikan aplikasi yang popular disekitar anda. Contohnya, anda pergi KLCC, dan check. Kebarangkalian aplikasi yang ramai orang guna ialah Facebook, Instragram, dan Foursquare kan? hehehe. Ini contoh gambar.


klik untuk lebih jelas




Seterusnya ialah Find My iPhone. Untuk iOS 7 ini, sistem keselamatan agak terjamin dan ketat. Kenapa saya berkata begitu? Kerana jika kita tertinggal phone di tempat2 tertentu, bila kita masuk iCloud > Find My iPhone, kita tekan lost my phone. Di screen iDevices kita akan paparkan nombor phone kita. Jika orang yang curi itu cuba untuk restore, jual iDevices anda, tidak boleh buat apa2 kerana sistem keselamatan agak ketat. Jika pencuri hendak format atau off iDevices anda, perlukan Apple ID anda. Jadi tiada Apple ID lain dapat ganti :P. Awesome kan? :D

Tetapi ada kelemahan aplikasi ini, iaitu perlukan tempat yang ada wifi atau data plan. Jika ada tempat ada wifi boleh detect phone anda melalui GPS. Mungkin jika Apple buat detect GPS tanpa gunakan wifi lagi terjamin :D. Pendek cerita, jangan bagi hilang, jaga elok2 dan jangan cuai :). Ini contoh gambar.


klik untuk gambar jelas.




Ciri2 yang terakhir ialah iOS in the Car. Kereta yang dipasang siap2 iOS. Terdapat Siri, Maps, Message, Call dan lain2. Pendek cerita, anda boleh gunakan Siri semasa memandu, melihat GPS ( navigation) dan semasa memandu boleh dengar mesej apa yang masuk tanpa membukanya. Ia boleh juga mainkan video dan lagu. 

Kereta2 yang terlihat ialah Honda, Mazda, Nissan, Jaguar dan lain2. Terdapat 25 buah kereta pelbagai brand yang gah! Tetapi ini akan datang pada tahun 2014 :D. Ini contoh gambar. 


klik untuk lebih jelas.


Jadi? bagaimana dengan pendapat anda? Komen dibawah kita bertukar pendapat :D
Saya menanti iOS 7 dan Jailbreak iOS 7 :P
Lepas ini agak sibut sikit nak update pasal iOS, tugasan bercambah T.T, mintak maaf sangat2 :(
Akan susuli entri pasal iOS 7 punya design dan Mac Pro!!!
Bonus, iOS 7 intro ( sama macam WWDC 2013 )



#maaf jika salah, terima kasih kerana sudi baca :)

*Psstt.. ada tambahan, tertinggal >.<

Terdapat 24 lagi features yang terbaik dari ladang!!
  • Enterprise single sign-on
  • View PDF annotations
  • Inclinometer
  • Long MMS support
  • Per app VPN
  • Maps bookmark syncing
  • Phone, FaceTime and Message blocking
  • Smart download of TV episodes
  • Notification sync
  • Night mode for Maps
  • WiFi HotSpot 2.0
  • Scan to acquire Passbook passes
  • Turn-by-turn walking directions
  • FaceTime audio
  • New smart Mailboxes
  • Managed app configuration
  • App Store Volume Purchase
  • Tencent Weibo
  • Chinese English bilingual dictionary
  • Handwriting recognition for multiple Chinese characters
  • Improved Mail search
  • Streamline MDM enrollment
  • Do Not Track option in Safari
  • Italian, Korean and Dutch dictionaries

Hehehe, terima kasih :D
Powered by Blogger.