SlimBoat: Pelayar Web Serba Lengkap [Cross-Platform]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan buat sedikit ulasan mengenai sebuah pelayar web SlimBoat.


SlimBoat merupakan sebuah pelayar web yang tidak berapa menawan tapi mempunyai fungsi dan ciri-ciri yang serba lengkap. Saya tidak pasti sama ada pelayar web ini baru bertapak ataupun sudah lama. Tapi,apa yang saya perhatikan secara langsung,saya rasa pelayar web ini masih baru dalam arena pelayar web ini. Untuk menghasilkan sebuah pelayar web yang bagus bukanlah mudah. Tapi,apa yang saya boleh katakan tentang pelayar web SlimBoat ini ialah "Terbaik".



Seperti yang tertera pada tajuk artikel dan permulaan penceritaan. SlimBoat merupakan sebuah pelayar web yang lengkap,anda tidak perlu memasang aplikasi AdBlocker kerana pelayar web SlimBoat sudah memasang aplikasi AdBlocker secara lalai. Anda cuma perlu tetapkan mengikut kesesuaian penggunaan. Seperti yang anda dapat lihat pada laman web SlimBoat,pelayar web SlimBoat menggunakan enjin WebKit,sebuah enjin yang biasa digunakan oleh kebanyakan pelayar web terkemuka seperti Google Chrome dan lain-lain.



Buat masa ini,saya masih belum menemui jalan untuk memasang sebarang 'add-on' ataupun 'extension'  pada pelayar web ini. Adakah kita tidak dibekalkan dengan fungsi penambahan? Saya pasti apa yang ditunggu oleh anda ialah kelajuan. Pada peringkat awal ini saya rasakan bahawa pelayar web SlimBoat tidak kalah dengan pelayar web lain dari segi kelajuan. Apa yang saya tidak gemar ialah antara muka pelayar web ini. Agak kelihatan seperti pelayar web lama seperti Netscape Navigator. Jika anda pengguna komputer riba bersaiz mini (netbook) maka pelayar web ini telah memenuhi ruang yang skrin anda.



SlimBoat menyediakan dua kemudahan yang jelas untuk anda titikberatkan iaitu kemudahan memuat turun video daripada laman penstriman video YouTube dan kemudahan berkongsi sesebuah laman yang anda kunjungi ke laman web sosial seperti Facebook,Twitter dan lain-lain. Untuk anda yang gemar memuat turun video daripada laman penstriman video YouTube maka anda boleh mencuba kelebihan yang terdapat pada pelayar web SlimBoat ini. Pemuat turun yang terbina boleh saya katakan terbaik,ringkas dan laju. Seperti yang tertera pada tajuk,SlimBoat merupakan perisian platform silang iaitu tersedia untuk Linux,Mac OSX dan Windows.



Apa yang saya suka dan tertarik dengan pelayar web SlimBoat ini ialah SlimBoat akan memuatkan tulisan terlebih dahulu kemudian baru gambar. Berbeza dengan pelayar web lain,kadang-kadang kita akan perhatikan pelayar web tersebut akan memuatkan kandungan daripada bahagian atas turun ke bawah. Inilah perbezaan yang ketara pada pelayar web SlimBoat ini. Sudah panjang rupanya saya mengarang artikel ini. Sebenarnya masih panjang lagi,untuk anda mengetahui lebih lagi tentang SlimBoat ini. Maka,anda wajib mencubanya. Tidak salah jika anda memberi peluang kepada pelayar web yang satu ini untuk membuktikan kemampuannya. Mungkin anda dapat lihat sesuatu yang diperlukan oleh anda tersedia pada pelayar web ini.

Gambar penggunaan memori pada pelayar web SlimBoat.


Penggunaan memori pada satu tab biasa. [98.4 MB (+-)]

Penggunaan memori pada tab video berdefinisi tinggi (HD - 720p) [136.1 MB (+-)]

Penggunaan memori pada lima tab. 4 tab biasa x 1 tab video HD [202.4 MB (+-)]




Gambar muat turun video daripada laman penstriman video YouTube.

Pemilihan kualiti dan format video yang ingin dimuat turun. Fungsi muat turun hanya untuk laman penstriman video YouTube sahaja. Tidak menyokong laman penstriman video lain. 

Pemilihan pusat penyimpanan,pengubahsuaian nama.
Kelajuan muat turun tidak tetap.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Selamat mencuba.
Assalamualaikum.
Powered by Blogger.