syncNscan - Sekuriti, Selaras, Selamat!

Umum sedia maklum bahawa kini peranti yang menggunakan sistem operasi Android telah diancam oleh kehadiran virus-virus tertentu yang menggugat privasi dan keselamatan data penggunanya. Tak lupa juga kehadiran aplikasi berbentuk phishing yang dimuat naik ke dalam Google Play.

Meskipun kehadirannya cuma sementara kerana saya pasti ia akan dipadam oleh pihak Google, namun tempoh waktu yang sementara itu jika digunakan sebaiknya oleh para scammers ini, sudah tentu mereka yang tertipu pasti akan 'ter' rugi.

Selain ancaman dari luar, ancaman dari diri sendiri yang mudah lalai dan alpa juga pastinya memberikan impak jika dibiarkan begitu sahaja. Andai lupa, andai leka, ancaman bukan berlalu cuma. Pasti sekali data sulit anda yang tidak terenkripsi mudah diakses oleh golongan-golongan seperti ini.

Kerana itu wujud pelbagai antivirus dan aplikasi-aplikasi yang bertujuan membantu pengguna Android ini berwaspada sentiasa dan tidak alpa dalam urusan seharian. Saya berasa terpanggil untuk menulis sedikit ulasan mengenai satu aplikasi yang bernama syncNscan - iaitu sebuah aplikasi semua dalam satu untuk Android. Ia berfungsi sebagai antivirus, analisis sekuriti, dan juga penyelaras (synchronizer) data-data pada telefon bimbit pintar anda.

Berikut adalah beberapa paparan skrin aplikasi ini:







Terima kasih kepada saudara Phil M. kerana telah memperkenalkan aplikasi ini kepada saya. Beliau adalah pembangun aplikasi syncNscan dari Singapura dan telah membangunkan aplikasi ini dalam dua versi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Indonesia.

Antara ciri-ciri syncNscan yang boleh dikatakan sebagai pemudah kerja ialah ia bersifat semua dalam satu (AIO) iaitu sebuah sistem sekuriti yang akan mengimbas telefon bimbit anda dari sebarang anasir yang tidak diingini, menganalisis cara anda menggunakan telefon, serta akan menyelaras (synchronize) data-data yang anda pilih supaya tidak lagi kehilangan data yang penting disaat anda benar-benar memerlukannya.

Ia hadir dengan pakej evaluasi (percubaan) percuma selama 15 hari dan jika anda ingin membeli pakej premium, anda boleh terus melakukan pembayaran melalui perantaraan Google Play Store.

Saya berharap agar dapat melihat syncNscan ditambah baik lagi pada masa yang akan datang dan berjaya membantu para penggunanya untuk selamatkan data, privasi serta minda. Anda boleh muat turun fail PDF introduktori kepada syncNscan di sini : syncNscan Mobile Security
Eksklusif hanya di OMG! Hackers?!. Thanks again Phil M.!

Kepada para pembaca OMG! Hackers?, jangan lupa klik like pada page rasmi kami di sini : OMG Hackers Official

Berkenaan dengan baju-t OMG! Hackers?, saya sedang mengusahakan harga yang terbaik. Diharap bersabar. Terima kasih.
Powered by Blogger.