4K Download: Penyedia Pelbagai Perisian Menarik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan kepada anda artikel tentang sebuah laman web yang menyediakan pelbagai perisian menarik dan serbaguna.


4K Download merupakan sebuah laman web yang perlu anda kunjungi bagi mendapatkan pelbagai perisian yang menarik untuk digunakan dalam kehidupan seharian. 4K Download membina pelbagai jenis perisian berjenama 4K yang dapat digunakan secara percuma tanpa sebarang pembayaran yang tersembunyi. Tujuan 4K Download dibina ialah untuk memudahkan anda memuat turun sesuatu daripada laman web yang mempunyai sekatan seperti laman penstriman video YouTube,Instagram dan pelbagai lagi laman yang menetapkan sekatan supaya segala fail berhakcipta tidak disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sehingga artikel ini ditulis,saya hanya menggunakan menggunakan 4K Video Downloader dan 4K Youtube To MP3. Jika anda seorang pengguna Instagram maka anda boleh memuat turun 4K Stogram dan jika anda ingin membuat persembahan slaid,anda boleh gunakan perisian 4K Slideshow Maker

4K Video Downloader menyediakan fungsi penukar (converter) yang dapat memudahkan anda untuk mengubah format fail video kepada audio (mp3). Jadi,anda tidak perlu memasang perisian 4K Youtube to MP3 untuk memuat turun video daripada Youtube dan menukar format kepada audio. Meskipun laman web 4K Download menyatakan bahawa mereka menyokong laman-laman web seperti Facebook dan beberapa laman lain tapi saya masih gagal untuk memuat turun daripada laman interaksi Facebook. Sebab utama ialah saya tidak mengetahui kaedah untuk memuat turun daripada laman yang dimaksudkan. 4K Video Downloader menyediakan fungsi tambahan melalui fungsi "Activate" dan anda boleh mendapatkan kunci pengaktifan melalui pautan yang disediakan sekali gus menaiktaraf ciri-ciri yang istimewa seperti memuat turun semua video pada sesuatu saluran dan pelbagai ciri menarik yang tidak dapat dirasa oleh pengguna percuma.

Panduan ringkas penggunaan perisian 4K Video Downloader.





Powered by Blogger.