Aplikasi-Aplikasi Android (Tak Boleh Hidup Tanpanya!) Siri 1

Android sinonim dengan aplikasi-aplikasinya yang teramat banyak, meliputi aplikasi untuk kegunaan harian, bisnes, kerja-kerja di pejabat, aplikasi info mahupun permainan.

Melalui artikel kali ini, saya ingin berkongsi beberapa siri aplikasi Android, yang saya labelkan sebagai 'Tak Boleh Hidup Tanpanya!'. Kerana tanpa aplikasi-aplikasi ini, terasa tak lengkap hidup seharian, mandi pun tak basah, tidur tanpa lena. Ehhh..

Baiklah, mari kita terus kepada tajuk entri. Aplikasi yang saya senaraikan ini tidak saya masukkan ke dalam kategori-kategori, sebaliknya hanya disenaraikan secara rawak sahaja.

1. AirDroid (Percuma)

Sukar sekali menguruskan fail dalam sdcard jika terpaksa membawa kabel USB ke mana-mana. Kalau terlupa huru-hara hidup dibuatnya. Jika menggunakan Linux pula, agak sukar untuk membuat sistem operasi tersebut mengenalpasti telefon bimbit yang sedang digunakan.


Jadi apakah cara 'universal' yang boleh digunakan pada mana-mana sistem operasi, dan tidak perlu kusutkan minda untuk sentiasa membawa kabel USB? Ya, iaitu melalui sambungan internet. Aplikasi yang mampu menjadi jambatan antara PC dan juga telefon bimbit Android melalui perantaraan internet ini ialah Airdroid.

Fail-fail yang terdapat dalam sdcard anda boleh diakses oleh Airdroid melalui pautan web.airdroid.com. Anda cuma perlu log masuk melalui pautan tersebut, buka Airdroid pada telefon bimbit anda dan selesai, kedua peranti kini sudah terhubung tanpa sebarang wayar. Jika hendak ditulis mengenai Airdroid, tidak habis satu laman entri untuknya. Jadi anda bolehlah mencuba sendiri untuk merasai teknologi tanpa wayar ini.

2. Deep Sleep Battery Saver Pro (USD2.60)

Anda mahu jimatkan penggunaan bateri pada tahap maksima? Deep Sleep Battery Saver Pro (DS Battery Saver) adalah jawapannya. Bagaimana ia berfungsi? Cuba lihat dahulu gambar di bawah:


Aplikasi ini bertindak dengan cara 'meletakkan' mode telefon anda secara konsisten kepada mode deepsleep. Anda cuma perlu siapkan tetapan profil tabiat penggunaan telefon bimbit anda sama ada mengikut hari bekerja atau cuti di waktu hari minggu, dan DS Battery Saver akan menjalankan tugasnya. Anda pasang, kemudian siapkan profil, dan boleh lakukan apa yang anda suka dengan minda yang tenang tanpa perlu memikirkan kuasa bateri.

3. Neutron Music Player (USD4.99)

Kalau ada satu aplikasi yang anda tanyakan pada saya jatuh dalam kategori 'berbayar tetapi berbaloi', inilah dia aplikasinya. Neutron Music Player adalah aplikasi untuk para Audiophiles memeram kasih bersama-sama dengan lagu-lagu yang disimpan dalam sdcard. Ahhh..apalah guna ada reviu dahulu? Baca reviu aplikasi ini di sini: Neutron Music Player - Pemain Muzik Android Khas Untuk Audiophiles!


4. WhatsApp+ (Percuma untuk setahun, USD0.99 untuk tahun berikutnya)

Populariti aplikasi mesej (Messaging App) WhatsApp sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Apa yang membuatkan ianya popular? Saya cuba mencari jawapan jitu untuk persoalan ini dengan memasang pelbagai aplikasi mesej lain seperti WeChat, LINE, Viber, KakaoTalk dan juga Minus. Setelah beberapa hari 'bermain' dengan kesemua aplikasi tersebut, aplikasi-aplikasi pesaing WhatsApp hanya mempunyai satu persamaan, iaitu kurang pengguna! Haha!

Jadi apa lebihnya WhatsApp+ berbanding Whatsapp rilisan rasmi di Google Play Store? Kalau dah namanya pun WhatsApp Plus, dah tentulah ada penambah perisa monosodium glutamate dalamnya! Secara asas WhatsApp+ adalah versi yang boleh diubahsuai mengikut citarasa anda, sama ada dari segi warna, tema, saiz, dan pelbagai lagi kesan visual lain. Ia juga mempunyai pemuat turun tema terbina dalam. Sememangnya sangat sesuai untuk Android Power User.


5. Wallpaper Wizardrii (Percuma)

Anda tidak suka dengan cara sistem Android menetapkan wallpaper pada home screen telefon bimbit anda? Ya, saya juga tidak suka kerana cara ia menetapkan paparan wallpaper dengan kaedah cropping yang tidak 'fully customizable', sangat tidak 'kena dengan selera' pandangan mata.


Jadi Wallpaper Wizardrii adalah penyelamat apabila aplikasi ini mempunyai pelbagai cara menetapkan paparan wallpaper, daripada cara Crop 'Exact', 'Landscape', 'Portrait', dan pelbagai lagi pilihan yang sesuai dengan kehendak diri pengguna. Android Power User, anda pasti suka.

Jadi saya tamatkan terlebih dahulu Siri Pertama ini di sini. Di waktu akan datang, InsyaAllah saya akan cuba bawakan beberapa lagi aplikasi Android yang kita tak boleh atau sukar hidup tanpanya! Ewahhhh..
Powered by Blogger.