Aplikasi-Aplikasi Android (Tidak Boleh Hidup Tanpanya!) Siri 4

Reviu Siri 1
Reviu Siri 2
Reviu Siri 3

Intro: Hari ni tiada intro, sebab letih sangat puasa + kerja. Hahaha.. XD

1. Super Backup (Percuma dan versi Pro)

Adakah anda seorang yang kerap flash custom ROM? Aplikasi seperti Titanium Backup amat membantu orang seperti anda, namun jika anda cuma inginkan aplikasi pembuat fail sandaran yang ringkas, maka Super Backup adalah jawapannya. Dengan Super Backup anda boleh buat sandaran untuk fail aplikasi, SMS, Contacts, Call Logs, Calendar, dan Bookmark.


2. PushBullet (Percuma)

Kadang-kadang kita ingin cepat lakukan sesuatu dan kemudian pergi meninggalkan PC secara terburu-buru tanpa sempat menyimpan (save) apa-apa yang sedang kita lakukan ketika itu, ataupun tidak sempat untuk 'membawanya bersama'. PushBullet mampu menyelesaikan masalah ini dengan menghantar kepada anda data-data atau nota-nota yang anda mahu. Cuma buka laman webnya di pautan ini, log masuk menggunakan e-mel pilihan anda, dan siapkan tetapan ikut pada kemahuan anda. (Letih nak ajar semua ni..haha..)


3. QR Droid (Percuma)

Aplikasi ini jarang sekali saya gunakan, tetapi kalau tak pasang, bila tiba waktu-waktu 'terdesak' hendak menggunakannya, rasa menyesal pula tak pasang dari awal. Jadi saya masukkan ia sekali ke dalam senarai aplikasi wajib ada. Walau pakai sekali-sekala, kalau ketika itu ia menjadi sangar berguna, apalah sangat kalau ia beberapa megabytes cuma, tak begitu?



4. OpenVPN Installer dan OpenVPN Settings (Percuma)

Anonymous surfing adalah 'core' kepada ilmu-ilmu IT yang telah saya pelajari. Ia adalah permulaan kepada hidupnya blog My Hackers Are Here, yang kemudiannya dijenamakan semula kepada OMG! Hackers?. OpenVPN merupakan 'core' kepada semua kaedah anonymous surfing, dan ini bererti tahap kepentingannya kepada peranti Android tidak perlu dipertikaikan lagi.



5. MySolat dan MySolat+ (Percuma dan juga versi 'donate')

Saya mula menggunakan aplikasi ini setelah terpandang widgetnya cantik pada skrin telefon bimbit seorang sahabat sewaktu kami berkursus di Malaysia Anti Corruption Academy (MACA). Widget aplikasi ini ringkas, menampilkan paparan 5 waktu solat. Pada tetapannya terdapat lokasi untuk kesemua negeri-negeri di Malaysia. Anda cuma perlu muat turun sahaja data lokasi dan waktu solat untuk negeri tersebut akan dipaparkan pada widget.


6. GSam Battery Monitor (Percuma dan versi Pro)

Satu penyakit telefon bimbit moden zaman ini ialah spesikasinya amat hebat, dengan pemproses Octacore, kamera 13MP, bla bla bla dan blaaa. Tapi bila tiba pada bateri, jumlah kuasanya tidak dapat 'mengejar' kemajuan teknologi yang ada pada telefon bimbit tersebut. Oleh itu kerap kali kuasa bateri cepat benar sirna. Ewahhh.. Ayat aku.. XD


Namun adakalanya, apabila kuasa bateri terlalu cepat habis, sedangkan anda baru sahaja menyahcas ia dari soket di dinding, bermakna mungkin ada sesuatu yang sedang menggunakan kuasanya secara berlebih dari yang sepatutnya. Tetapan sedia ada Android tidak dapat memberikan data terperinci tentang apa sebenarnya yang berlaku pada telefon anda, sama ada ia tidak masuk ke dalam state deep sleep, atau ada sesuatu yang menghidupkan skrin atau CPU ketika skrin mula terpadam

GSam Battery Monitor ialah aplikasi yang mampu memberikan maklumat terperinci mengenai apa yang telah menggunakan kuasa bateri, serta keadaan CPU, wakelock dan bermacam lagi data penting bateri anda. Pantau dan lihat sendiri apa yang menggunakan kuasanya, lalu tindakan selepas itu terserah kepada anda, sama ada mahu nyah pasang atau freeze sahaja.

7. Tasker (USD3.92)

Tasker ialah suatu ciptaan yang amat bagus sejak mula ia diperkenalkan lagi. Ini adalah kerana ia menjadikan Android Automation naik ke satu tahap yang membanggakan. Walaupun ia bersaiz kecil, tetapi fungsinya teramatlah besar. Untuk para pengguna biasa, mungkin boleh cuba 'bermain' dengan tetapannya yang mudah-mudah. Manakala untuk pengguna termaju, tetapan yang lebih sukar pula adalah lebih sesuai.



8. MoboPlayer (Percuma)

Ini merupakan satu-satunya pemain video untuk Android yang saya rasa tidak ada satu perkara pun hendak dirungutkan. Saya telah cuba pelbagai pemain video. Sebut saja namanya, MX Player, DicePlayer, VLC for Android (Beta). Ahhhh.. letih nak senaraikan semua!



MoboPlayer paling cemerlang, kerana selain cirinya yang kerap dikemaskini dan diperbaiki, apa-apa ciri baru yang diminta oleh pengguna, selalu pembangunnya 'tunaikan' Sebagai contoh dahulu saya pernah meminta supaya pembangun memasukkan ciri 'Floating', untuk multitasking yang lebih baik. Tidak sampai beberapa minggu selepas itu, apabila muat turun saja untuk kemaskini, ciri itu telah pun dimasukkan! Kudos devs!

9. DriveSkydriveDropbox (Percuma)

Terdapat banyak storan awan yang mempromosikan servis mereka dengan pelbagai ciri menarik. Apapun saya memilih 3 storan ini kerana ia merupakan storan paling kerap saya gunakan.Skydrive, biasanya saya gunakan untuk menyimpan gambar-gambar yang telah diambil oleh kamera telefon bimbit. Google Drive pula saya gunakan untuk 'blog stuff', simpanan full album, dan juga fail-fail sandaran dari Super backup. Manakala Dropbox pula saya jadikan sebagai storan sandaran kepada kedua-dua storan itu tadi.


10.. CurrentWidget (Percuma)

Saya suka memantau suhu telefon bimbit, dan juga berapa jumlah kuasa bateri yang sedang digunakan pada ketika itu. CurrentWidget aplikasi wajib yang saya akan pasangkan selepas flash mana-mana custom ROM.


11. Swype Keyboard / Kii Keyboard (USD0.99 / Percuma dan versi Premium USD4.31)

Saya pernah membuat reviu mengenai Kii Keyboard di sini : Kii Keyboard. Swype Keyboard pula adalah papan kekunci kegemaran no 2 selepas Kii Keyboard kerana selain harganya yang murah, apa yang membuat saya tertarik untuk membelinya adalah kerana ia lebih 'smooth' dari semua papan kekunci untuk Android yang pernah saya cuba/beli. Setiap leretan jari terasa lebih 'semulajadi', dan words predictionnya juga boleh dikatakan lebih tepat meskipun leretan itu kadangkala seperti 'main-main' sahaja.


Nantikan siri ke kelima, iaitu siri selepas siri ke-empat! Hahaha! XD
Powered by Blogger.