FlareGet 1.5-12 Dilepaskan, Kini Dengan Browser Integration!

Kini para pengguna Linux tidak perlu bimbang lagi untuk menggunakan sistem operasi ini kerana sebuah pemuat turun, yang mirip dengan IDM iaitu FlareGet telah melepaskan versi stabil 1.5-12, bersama-sama dengan Browser Integration (mirip IDM extension/addon) yang dahulunya perlu dibeli dalam pakej Pro!


Dengan adanya Browser Integration ini, kini anda sudah boleh memuat turun video-video dari laman Youtube. Lihat sahaja paparan gambar di bawah:




Sangat mirip dengan IDM bukan? Dengan adanya pemuat turun FlareGet ini, ia dapat memanfaatkan sepenuhnya kelajuan internet anda. Sepertimana lajunya IDM, seperti itu juga ia, pantas menyiapkan setiap tugasan muat turun dengan sempurna.

Beza antara versi percuma, dan juga versi berbayar kali ini hanyalah 'segmen' muat turun, yang mana versi percuma menyokong 4 segmen, manakala versi Pro 16 (kalau tak salah pemahaman saya).

Berikut adalah changelog penuh untuk versi ini:
flareGet (1.5-12) stable; Released: Wed, 17 July 2013* language added – Indonesian
* new grabber optimized for Youtube.com
* improved resume support – even on system crash or power failure
* browser integration support for all browsers included in free version
* speed limit support included in free version
* support for auto-refreshing of URL and cookies included in free version
* added support for mirror urls
* added computer shutdown option in Action menu
* full metalink support
* fixed some bugs in scheduler
* improved support for file sharing sites
* fixed other minor bugs
Anda boleh muat turun FlareGet pada pautan berikut: FlareGet Download


Powered by Blogger.