Format CD/DVD Pada Ubuntu Melalui Terminal

Penggunaan terminal dalam sistem operasi Linux adalah sangat penting. Ini kerana hampir semua proses yang mampu laku dalam Linux dilakukan melalui aplikasi terminal. Haa nak format cd/dvd pun boleh buat dengan menggunakan terminal. Hebat tak hebat hehehe..

Jadi, bukak terminal dan masuk baris perintah di bawah
cdrecord -v dev=/dev/cdrom blank=fast
Merah - tukar kepada nama disc anda. Secara lalai (default) ia berlabel sr0 atau scd0.
Biru - kelajuan ketika format.

Kalau proses berjaya maka akan keluar ayat-ayat macam dekat bawah

Starting to write CD/DVD at speed   2.0 in real BLANK mode for single session.
Last chance to quit, starting real write in    0 seconds. Operation starts.
Performing OPC…
Blanking PMA, TOC, pregap
Blanking time:   48.879s


Punca Proses Format Mendapat Ralat

1. Wrong device path
Tukar /dev/cdrom kepada label asal disc anda.
Untuk mengenal pasti disc korang, buka “Dash” > isi “Disk”

http://i.imgur.com/M0XwJxD.png

2. Disc is mounted
Ini berlaku kerana masih ada data atau disc masih belum di keluarkan dari panel disc.

Ralat yang akan diterima:
Error trying to open /dev/cdrom exclusively (Device or resource busy)… retrying in 1 second.
Error trying to open /dev/cdrom exclusively (Device or resource busy)… giving up.
WARNING: /dev/cdrom seems to be mounted!
wodim: Device or resource busy.


Yang ni mudah, cuma perlu keluarkan disc atau erti kata lain “eject” disc tersebut. Kalau nak lebih advanced katakoo, boleh pakai terminal juga. Gunakan baris perintah
umount /dev/cdrom
Tak nak buang masa? Haa boleh jalankan kedua-dua proses dalam satu masa. Masukkan baris perintah di bawah
umount /dev/cdrom && cdrecord -v dev=/dev/cdrom blank=fast
Bagi pemula, mungkin nampak agak rumit proses-nya tapi lama kelamaan korang pasti akan biasa jugak main dengan baris perintah dalam terminal ni.

Semoga berjaya!
Powered by Blogger.