Hotshots: Perisian Tangkap Layar Menyerupai Shutter

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pembangunan sistem pengoperasian Linux semakin ketara dari hari ke hari. Setiap hari kita akan disajikan dengan berita-berita baharu mengenai Linux melalui laman web interaksi seperti Facebook dan melalui blog-blog bertunjangkan teknologi. Saban hari juga kita melihat terbinanya sistem pengoperasian baru berasaskan Linux yang dibina secara persendirian mahupun melalui sebuah komuniti bebas. Ini merupakan satu perkembangan positif  yang perlu dimanfaatkan oleh pengguna seluruh dunia khusus rakyat Malaysia untuk berganjak keluar daripada kepompong kehidupan yang sudah lapuk ditelan zaman (Windows).



Hotshots merupakan sebuah perisian yang dibina oleh The Hive (xbee). Perisian ini dapat dijadikan sebagai alternatif Shutter yang juga menjadi kegemaran pengguna Linux. Perisian tangkap layar atau 'screenshot software' ialah perisian yang digunakan untuk mengambil gambar sekitar paparan desktop anda. Adalah tidak relevan sekiranya anda menggunakan lensa kamera meskipun menggunakan kamera dengan paparan megapiksel yang tinggi untuk mengambil paparan desktop kecuali atas dasar seni. 



Hotshots memiliki antara muka yang ringkas serta mudah untuk dikendalikan. Punca utama saya mengatakan Hotshots menyerupai Shutter ialah kerana Hotshots memiliki fungsi penyuntingan gambar yang asas seperti Shutter. Oleh sebab perisian Hotshots dibina selepas perisian Shutter,maka dari segi penambahbaikan jelas terpapar pada bahagian penyuntingan gambar khususnya. Dari segi penggunaan,Hotshots tidaklah semudah perisian Shutter apabila anda terpaksa menetapkan beberapa tugas terlebih dahulu sebelum mengambil gambar. Sebagai contoh,anda perlu menetapkan 'mod penangkapan',masa sebelum gambar diambil jika diperlukan dan apa yang perlu dilakukan selepas anda mengambil sesuatu gambar. 

Perisian ini menyediakan pelbagai mod,antaranya ialah:-
  1. Grab Screen (current) - Iaitu mengambil gambar seluruh permukaaan/posisi dekstop anda.
  2. Grab All Screens (multi-monitors) - Sekiranya anda memiliki beberapa 'monitor' yang terhubung secara langsung. Maka fungsi ini perlu dimanfaatkan oleh anda.
  3. Grab Window - Mengambil gambar bagi tetingkap yang sedang aktif. 
  4. Grab Region - Digunakan untuk mengambil gambar bagi sesuatu posisi/kawasan/permukaan.
  5. Dan yang terakhir ialah Grab Freehand Region - Yang berfungsi sekiranya anda ingin mengambil gambar dalam bentuk yang rawak.
Apa yang perlu ditunggu lagi? Segeralah memasang perisian ini dan nikmati kebolehan dan menanggung segala kekurangannya. Sebelum itu,perisian ini tersedia untuk sistem pengoperasian Windows juga. 

Panduan pemasangan pada sistem pengoperasian Linux (Ubuntu/Linux Mint).
sudo add-apt-repository ppa:dhor/myway
sudo apt-get update
sudo apt-get install hotshots
Assalamualaikum.
Powered by Blogger.