Windows 8.1 Preview Download Link (Official)

Dahulu kita dihebahkan dengan berita kehadiran sistem operasi Windows 8, yang dicipta dengan rekabentuk tiles + Windows 7 = dengan harapan dapat menguasai kedua-dua dunia 'touch & type'.

Tak kisahlah apapun, kerana saya memang sukakan Windows 8, jadi biar apa juga cakap-cakap orang saya tak ambil peduli, kerana ia sememangnya lebih pantas dari Windows 7, dan boleh juga dikatakan lebih produktif serta cantik juga.

Kini versi Windows 8.1 Preview telah pun dilancarkan. Saya baru sahaja berkesempatan untuk memuat turun dan mencubanya pada VirtualBox. Thumbs up sekali lagi untuk Microsoft!


Saya nak bercerita panjang, tangan dan kaki masih lagi sakit-sakit akibat kemalangan tempoh hari. Jadi apa kata anda tonton ulasan Windows 8.1 Preview dari video berikut:


Anda boleh muat turun fail ISO Windows 8.1 Preview dari laman rasminya disini: Windows 8.1 Preview

Untuk kaedah pemasangan yang lengkap, anda boleh baca artikel di laman JomPHP.com.

Powered by Blogger.