Shared Menawarkan Storan Awan 100 Gigabait Percuma

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Perkembangan teknologi dari semasa ke semasa banyak merubah cara kehidupan masyarakat dunia. Teknologi telah banyak membantu dalam menjalani kehidupan seharian. Jika dahulu nenek moyang kita membuat kuih Bahulu dengan mengerah tenaga fizikal dan menitiskan keringat hanya untuk memukul telur,kini tidak lagi. Kemajuan teknologi telah melahirkan generasi yang banyak membantu dalam penghasilan mesin dan jentera untuk memudahkan pengusaha industri kecil seperti pengusaha Bahulu untuk memukul telur dengan lebih mudah. Mereka hanya perlu menghidupkan mesin dan tunggu akan hasilnya. Keringat tidak mengalir dan tenaga dapat digunakan untuk melakukan tugasan lain. Itu merupakan kesan perkembangan teknologi dalam bidang masakan. Bagaimana pula kepesatan teknologi dapat membantu dalam penyimpanan dokumen dan perkongsian fail?

Sumber gambar: Google Image.
Pada tahun 1998 kehadiran teknologi pemacu kilat/pemacu pena/pemacu jari yang diperkenalkan oleh Dov Moran dengan kapasiti lapan megabait (8mb) telah membantu pengguna untuk menyimpan dan berkongsi sesuatu fail dengan mudah dan efektif. Meskipun pemacu kilat ini sukar didapati oleh umum kerana pada zaman itu harga jualannya yang tinggi namun itu merupakan sebuah permulaan dalam era kebangkitan teknologi. Silap rasanya sekiranya seseorang itu mengatakan bahawa "teknologi dan inovasi itu merosakkan pemikiran,membantutkan pertumbuhan sosial dan melumpuhkan ketamadunan,peradaban dan tatacara sesuatu kaum,masyarakat atau bangsa" Semuanya terpulang kepada bagaimana seseorang itu menggunakan kemudahan daripada inovasi itu sendiri. Jika baik penggunaanya,maka baiklah hasil yang akan diterima. Tepuk dada,tanya selera.

Sekali lagi saya ulangi,jika seseorang mengatakan bahawa teknologi itu membebankan,maka dia ternyata silap. Lihatlah kemudahan teknologi sekarang. Dengan terciptanya peranti sebesar tapak tangan,dia bukan sekadar dapat menyimpan berpuluh ribu fail malah dengan peranti tersebut dia juga dapat berhubung dengan kenalan lama,berkongsi fail bersama mereka dengan lebih mudah malah dia dapat berhibur dengan mereka secara langsung. Semuanya hanya melibatkan sebuah peranti sebesar tapak tangan. Jadi,terbukti di sini bahawa inovasi itu tidaklah menyebabkan kemunduran melainkan kemajuan dalam aspek pemikiran,pembentukan sahsiah dan sebagainya. Ketiga-tiga perenggan ini menceritakan bagaimana inovasi dan teknologi dapat membantu seseorang dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Tanpa teknologi,kemungkinan nikmat ini tidak mungkin akan dapat dikecapi. Tapi,perasankah anda bahawa dalam ketiga-tiga perenggan ini sudah saya ceritakan tentang 'storan awan' yang juga menjadi tajuk untuk makalah kali ini. Jika anda sudah memahami kegunaan storan awan melalui penulisan ini maka apa yang perlu saya ceritakan sekarang ialah ulasan tentang laman yang menyediakan perkhidmatan storan awan iaitu Shared dan ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh laman ini.



Aspek yang menjadi objektif bagi artikel kali ini ialah storan atau ruang penyimpanan yang ditawarkan oleh Shared iaitu sebanyak 100 gigabait (100gb) yang diberikan secara percuma. Jika dibandingkan dengan storan awan yang lain,sudah pasti Shared memenangi tempat pertama dalam pertaruhan ini kerana nilai 100gb itu bukanlah saiz yang kecil. Tambahan pula,dengan kelajuan internet yang tidak berapa menghairahkan membuatkan kita merasakan 100gb itu sebuah nilai yang cukup besar. Itu tentang aspek ruang penyimpanan yang ditawarkan oleh Shared. Bagaimana pula dengan aspek lain?

Aspek kedua yang akan saya sentuh ialah tentang kelajuan memuat naik sesuatu fail atau dokumen ke atas pelayan yang dimiliki oleh Shared. Saya sudah banyak menimba pengalaman sewaktu menggunakan storan awan. Terus terang saya katakan bahawa tiada storan awan atau laman perkongsian fail yang wujud pada masa kini setanding dengan storan awan Shared. Kelajuan memuat naik sesuatu dokumen pada pelayan Shared sungguh menakjubkan. Saya ada sebuah pengalaman yang ingin saya kongsikan disini tentang storan awan dan juga laman perkongsian fail. Sewaktu saya menggunakan storan awan seperti ADrive,MEGA,Dropbox,BOX dan banyak lagi storan awan lain, kelajuan muat naik saya ialah sekitar 40-50 kilobait per saat (40-50KB/s). Berbeza dengan Shared,saya mendapat kelajuan muat naik yang sungguh drastik lagi menakjubkan iaitu sehingga 300 kilobait per saat (300KB/s). Perkara ini membuatkan saya duduk terdiam dan tercengang serta dengan kemajuan teknologi yang dimiliki oleh Shared. Jadi,saya rasakan bahawa anda patut mencuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh Shared ini agar anda juga dapat merasakan apa yang saya rasakan sewaktu kali pertama menggunakan perkhidmatan daripada Shared ini.

Saya rasakan dua kelebihan yang ditawarkan pihak Shared sudah mencukupi untuk menangkap pandangan anda untuk mencuba storan awan Shared dan juga mengusik hati anda untuk mencuba sesuatu yang baru bagi menimba pengalaman yang mengasyikkan ini. Sebelum saya lupa, penyedia Shared juga ada menyediakan kemudahan premium seperti Pro dan Pro Plus. Sedikit tambahan,antaramuka laman Shared juga adalah bersifat ringkas dan mudah untuk difahami meskipun anda baru mendaftar sebagai pengguna perkhidmatan Shared.



Akhir kalam,saya sudahi dengan sebuah puisi yang berbunyi,
Wahai Shared,
Majukan jangan mundurkan,
Mudahkan jangan kau kusutkan.
Agar kau tetap menjadi pujaan.

Jikda dalam bahasa mudahnya akan berbunyi seperti ini. Pada baris pertama saya menyeru pihak yang bersembunyi disebalik penyedia storan Shared. Pada baris kedua saya mengutarakan pandangan untuk terus memajukan perkhidmatan mereka agar tidak jatuh kerana kemajuan teknologi semakin hari semakin pesat. Baris ketiga juga saya mengutarakan pendapat supaya kelebihan yang sedia ada dimiliki oleh mereka jangan dikusutkan dengan pelbagai masalah seperti masalah pelayan dan lain-lain kerana pelayan yang mereka miliki sungguh menakjubkan di mata saya. Dan baris keempat pula ialah kata-kata semangat yang perlu saya lontarkan kepada mereka kerana jika berlaku 'sedikit masalah' sahaja, maka pelanggan akan lari daripada perkhidmatan mereka. Kesimpulannya,baris kedua dan ketiga membantu untuk membentuk baris keempat.

Sebuah lagi pesanan daripada saya untuk Shared. Shared jangan dikau menjadi seperti penyedia perkhidmatan storan awan yang hanya mengejar wang. Usah biarkan pelanggan dikau merana dek kerakusan kau membolot kekayaan yang bersifat fana. Bak kata pepatah,habis madu sepah dibuang.

Klik [di sini] untuk memuat turun fail audio = Opick - Tafakkur.
Klik [di sini] untuk memuat turun fail dokumen = Arduino Workshop

Maaf atas kesalahan menulis makalah yang panjang dan mengarut ini. Ini sekadar ingin mengemis kasih daripada anda untuk meluangkan masa membaca kerana membaca itu amalan mulia. Meskipun yang dibaca adalah sebuah komik.

Sebelum saya undur diri. Saya ingin mengambil kesempatan untuk melahirkan perasaan sedih (melankolis) saya terhadap apa yang berlaku ke atas saudara kita di Mesir. Jangan lupa doakan saudara kita di Mesir,Syria,Rohingya dan negeri-negeri lain yang sedang bergolak.

Assalamualaikum.

[Kemaskini Berita Terbaru.]
Terdapat beberapa komen yang menanyakan akan beberapa soalan yang tidak terjawab oleh saya seperti jangka masa sesuatu fail disimpan pada pelayan Shared dan sebagainya. Terima kasih kepada saudara Dorsh yang membantu saya dalam menjawab soalan yang diutarakan oleh pengguna OMG! Hackers. Jadi untuk memudahkan anda mengetahui akan soalan-soalan lain yang bermain di benak fikiran anda,silalah kunjungi halaman bantuan [di sini.]

Tentang jangka masa fail disimpan pada pelayan Shared ialah jika anda melanggan akaun Standard atau Free maka anda perlu log masuk sekurang-kurangnya sekali dalam masa 90 hari atau bersamaan dengan 3 bulan.
Powered by Blogger.