Windows 8.1 RTM Dan Cara Pengaktifan

Assalammualaikum warga OMGHackers..


   Sudah lama tidak menyumbang artikel di blog ini kerana kekangan masa. Otak juga sudah membeku dan saya akan cuba mencairkannya.. huhu..(Boleh ke?). Baiklah, seperti yang kita ketahui, Windows 8.1 sebenarnya akan dilepaskan kepada umum pada tanggal 18 Oktober ini pada pukul 7.30 petang waktu Malaysia yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Windows Store. Windows 8.1 telah menjadi RTM (Release-to-manufacturer) pada 27 Ogos yang lalu. Sebenarnya Microsoft tidak berhajat langsung untuk memberikan RTM ini walaupun kepada pembangun perisian melalui akaun MSDN dan Technet. RTM ini hanya diberi kepada Vendor OEM untuk mencuba perkakas terbaru sesuai dengan Windows ini atau tidak.

   Akan tetapi seorang "Leaker" WZT aka WZOR telah mendapatkan RTM ini pada hari itu juga dan telah memuat naik pada laman torrent. Pada 28 Ogos Windows 8.1 sudah boleh dimuat turun oleh orang awam melalui torrent dengan kelajuan yang sangat menyedihkan oleh kerana leecher melebihi peers. Saya menunggu sehingga seseorang memuat naik ke laman Mega.co.nz. Kelajuan torrent saya sekitar 20-30 kB/s, lebih malang tidak bergerak langsung. Pada mulanya saya muat turun menggunakan pelayar Firefox dan Google Chrome, akan tetapi apabila sudah 60-70% proses muat turun, akan keluar ralat "encryption error". Akhirnya saya berjaya muat turun menggunakan perisian FreeRapid yang sudah lama tidak digunakan sejak Megaupload terkubur.

Sudah puas bermukadimah kita teruskan dengan tujuan kita. Muat turun Windows 8.1 RTM di sini: [Link]

1. Muat turun pula FreeRapid untuk memudahkan anda muat turun dari Mega: [Link]
2. Selesai muat turun ISO, rakamkan ke dalam USB menggunakan [Win7USB/DVD] atau ke dalam DVD menggunakan apa sahaja Burning Software seperti Nero dengan kelajuan tidak melebihi 4x.
3. Tetapkan pada Bios anda supaya boot dari USB ataupun DVD. Setiap jenama berlainan tetapan.
4. Semasa pemasangan, masukkan kunci ini. Hanya untuk pemasangan, bukan untuk pengaktifan.
Core = 334NH-RXG76-64THK-C7CKG-D3VPT
Pro = XHQ8N-C3MCJ-RQXB6-WCHYG-C9WKB
5. Selepas selesai pemasangan, sila buka command prompt sebagai administrator dengan cara klik kanan pada start button, tukar product key anda kepada salah satu dari kunci tersebut. [Link]

6. Copy-Paste sahaja kunci tersebut dan tekan enter. Pada tetingkap command prompt yang sama, taip slui 4 untuk membuka tetingkap aktifkan melalui telefon atau skype.


7. Pilih negara U.K serta login skype dan dail nombor ini: 08000188354 (PC) atau +448000188354 (HP). Sila gunakan skype versi terbaru dan jikalau anda menggunakan "Desktop", pastikan anda memasang mikrofon atau anda akan dapat masalah tidak boleh menekan butang nombor di skrin. (Terima kasih kepada bro Mu Ying Ming kerana menjumpai dan menyelesaikan masalah ini)
8. Masukkan Installation ID anda satu persatu dan jika anda tersilap menekan nombor jangan batalkan panggilan, kerana ID anda akan jadi tidak sah. Anda perlu tukar kunci lain untuk mendapatkan ID baru jika ini terjadi. Biarkan sahaja, nanti dia akan ulang semula untuk memperbetulkan nombor yang salah itu.
9. Masukkan Confirmation ID diberi oleh robot itu satu persatu. Jikalau anda kurang jelas boleh ulang semula dengan menekan butang star (*).
10. Windows 8.1 sudah diaktifkan. Selesai.



p/s: Hanya untuk mereka yang hendak upgrade sahaja. Jika anda aktifkan Windows 8 anda menggunakan MAK keys, sila jangan upgrade ke windows 8.1, kerana ini akan menyebabkan Windows anda menjadi tidak aktif semula. Upgrade dan kekalkan pengaktifan hanya boleh dilakukan jika anda mempunyai Retail key sendiri atau dengan kata lain anda beli kunci tersebut dan Windows 8 anda sememangnya original.

Untuk menambah WMC pada Windows 8.1 ikuti cara ini:

1. Pasang Windows 8.1 dengan menggunakan kunci pro di atas.
2. Tanpa aktifkan Windows anda, buka PC info dan masukkan kunci tersebut pada get more feature.
RR3BN-3YY9P-9D7FC-7J4YF-QGJXW

3. PC anda akan restart beberapa kali semasa memasang WMC.
4. Muat turun pula "data.dat": [Link] Tetapkan untuk "view hidden file" kerana "data.dat" ini tersembunyi.
 5. Copy dan paste "data.dat" tadi ke dalam folder: Sila Overwrite fail tersebut
C:\Windows\System32\spp\store\2.0
6. Buka command prompt sebagai admin dan tukar kunci kepada "retail WMC" yang anda dapat secara percuma dari Microsoft atau anda boleh pergi ke pautan ini jika anda tiada kunci WMC. [Link]
*Sila ambil perhatian kunci percuma yang anda dapat dari Microsoft boleh digunakan berkali-kali tetapi menggunakan pengaktifan skype, bukan online. Saya sendiri menggunakan kunci WMC yang sama setelah 4 kali format pc.. hehe..* (BUKAN KEY YANG BOCOR DARI INTERNET)
7. Sila guna cara skype untuk aktifkan WMC anda. Selesai..

Jika ada sebarang pertanyaan sila komen di ruangan komen di bawah. Sekian.. Selamat mencuba..

** Credit to November_ra1n dari nSane forum untuk Retail Key**

Update  05/02/2014 - KMSPico v9.2.1 Beta boleh mengaktifkan Windows 8.1 Pro VL (Volume License) dan Enterprise VL beserta Office 2013 Pro Plus VL.. Pengaktifan secara offline: [Link]
Change Log
v9.2.1
- Fixed bug with faster cpu.
- Add test to emulator after started it.
- Add more servers online for PlanB.
How This Program Works:
  1. Install KMSpico in Windows.
  2. Create Shortcuts for KMSpico.
  3. Disable SmartScreen.
  4. Run automatically KMSELDI and AutoPico.
  5. Make Tokens Backup.
  6. Detect VL or Retail and depending of the License Status activate or convert to VL.
  7. Activate for 180 days all VL products found.
  8. Install a windows service that reactivated every time windows start.
  9. Create a task schedule for AutoPico to run every 24 hours.
  10. Recommendations Optional:
    - Make exceptions to Directory %ProgramFiles%\KMSpico\*.exe in Antivirus or Defender.

UPDATE 24/01/2014
KMS_VL_ALL oleh Abbodi1406 dari MDL: [LINK]
MD5: 4bf9f82459a180780871bbd079dd7862

- Tidak perlu install seperti KMSPico
- Hanya perlu jalankan KMS_VL_ALL.cmd sebagai administrator
- Pengaktifan secara automatik pada masa yang ditetapkan
Based on latest SppExtComObjPatcher build from qad that includes internal KMS Emulation, which eliminates the need for external KMS Server/Service to activate Local Products, and this leads to no interact or interfere with firewall program at all, and also less hassle with Protection programs.
ReadMe.txt included.

Powered by Blogger.