Cara Root Lenovo S890

Baiklah. Setelah dua review saya utarakan sebelum ini iaitu di sini dan di sini, kita tibalah waktunya kita beralih kepada kaedah untuk root Lenovo IdeaPhone S890. Kaedah ini saya peroleh melalui laman BukaKotak.com, jadi kredit sepenuhnya kepada penulis laman tersebut. Kudos bro!

Apa yang diperlukan untuk root Lenovo S890?

1. Lenovo Windows Driver

2. Flash Tool

3. TeamWin Recovery Projects (custom recovery) - TWRP for S890 dan Recovery_S890_install.zip (kemaskini versi TWRP untuk Lenovo S890).

4. Fail Root (Superuser) - Root S890

5. Sistem operasi Windows 7 - Ini adalah kerana Windows8/8.1 masih tidak menyokong pemacu (driver) yang diberikan di atas. Maka silalah usaha mencari sesiapa yang ada menggunakan sistem operasi Windows 7, atau format kembali laptop/PC anda (nangis aku..).

Langkah-langkah Root Lenovo S890:

1. Pasangkan fail pemacu terlebih dahulu. Pasangkan ia sehingga selesai.

2. Pada peranti Lenovo anda, buka SettingsDevelopment – tandakan pada USB Debugging.

3. Seterusnya, sambungkan kabel USB pada Lenovo dan hubungkan ia ke komputer anda.

4. Salin Fail Root ke dalam sdcard Lenovo S890 anda. Salin juga fail Recovery_S890_install.zip.

5. Cabut kabel USB dari komputer dan matikan Lenovo S890. Untuk kepastian, tanggalkan baterinya.

6. Ekstrak fail TWRP_for_S890.rar. Ekstrak juga fail Flash Tool dan jalankan fail Flash_tool.exe.

7. Klik pada butang Scatter-loading, halakan kepada folder TWRP dan klik pada fail MT6577_Android_scatter_emmc.txt.

8. Klik pada butang Download dan kemudian Yes.

9. Pasangkan kembali bateri Lenovo anda dan setelah itu sambungkan kabel USB dari komputer ke Lenovo S890.

10. Jika fail-fail pemacu berjaya dipasangkan dengan betul, makan proses flashing akan terus berjalan dengan lancar, dan jika berjaya anda terpapar tetingkap 'Download OK' seperti gambar di bawah:


11. Sila matikan kembali Lenovo anda dan seperti biasa tanggalkan baterinya untuk kepastian.

12. Boot ke dalam TWRP dengan cara menekan butang power, kemudian disusuli dengan menekan butang volume + dan - secara serentak.

13. Terlebih dahulu anda harus mengemaskini TWRP Recovery. Pada TWRP Recovery tekan 'Install' dan pilih external sdcard, kemudian tekan pada file Recovery_S890_install.zip, 'Slide to Flash' lalu biarkan proses berjalan sampai selesai, kemudian pilih Reboot to Recovery.

14. Seperti sebelumnya klik pada Install, pilih external sdcard, cari Fail Root yang telah anda salin ke dalam sdcard sebelum ini dan kemudian Slide to Flash. Setelah itu Reboot System.

15. Tunggu proses boot selesai. Siap! Kini peranti Lenovo S890 anda sudah root dan anda boleh periksa 'kehadiran' superuser dengan menggunakan Root Checker.


Powered by Blogger.